Semoga Selamat Bersalin, Memey…

“Saya minta maaf ya kalau saya ada salah silap sama ada sedar atau tidak. Doakan saya dan baby selamat,” demikian kata pelakon Memey Suhaiza di laman Instagramnya lagi, sebentar tadi.

Pelakon berusia 30 tahun itu meminta semua mendoakan proses kelahirannya berjalan lancar.  

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan yang baik-baik untuk saya dan keluarga. Semoga Allah membalasnya.

“Okey, sah nak bersalin hari ini. Sampai hospital, Dr Zarina Bibi periksa rupanya dah 5cm,” katanya yang bakal melahirkan bayi perempuan.

Memey kini berada di hospital dan dijangka melahirkan bayi ketiganya, hari ini.

Memey dan Norman mempunyai dua cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 5, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 3.

SGMS Faida