‘Perkahwinan Tidak Lagi Menjadi Keutamaan’ – Fathia Latiff

Sebelum ini pelakon Fathia Latif mempunyai hubungan cinta bersama pelakon  Aiman Hakim Ridza. Namun, malangnya percintaan mereka cuma mampu bertahan sekejap sahaja. Meskipun begitu, Fathia Latiff dilihat terus bangkit dari peristiwa kekecewaan itu dan pengalaman tersebut dilihat semakin mematangkan dirinya.

Mengakui bahawa dirinya lebih selesa hidup solo daripada terus dikecewakan, beliau berpendapat perkahwinan bukan lah sesuatu yang dapat menjamin kebahagiaan.

Namun, bagi pelakon yang popular menerusi drama Ariana Rose ini,  menjadi seorang yang lebih serius dan memberi fokus sepenuhnya kepada kerjaya seni mungkin antara faktor yang menyebabkan kebanyakan lelaki takut untuk mendekati dirinya.

“Bukan saya tidak percaya pada institusi perkahwinan tetapi pengalaman gagal dalam percintaan sebelum ini banyak mengajar dan mematangkan diri ini. Biarlah saya hidup sendirin dulu sehinggalah bertemu dengan lelaki yang tepat untuk dijadikan kekasih dan calon suami.

“Jika dulu, saya yang mengejar cinta lelaki tetapi kini tidak lagi. Selepas adik perempuan berkahwin, pastinya emak juga mahu melihat saya berumah tangga. Saya pula sebaliknya melihat perkahwinan bukan keutamaan buat masa sekarang.” Jelas Fathia

Terkini, Fathia turut mengeluarkan single terbaharu beliau berjudul  Keluarkan Aku. Wow! Tetapi, tidak dinafikan suara pelakon ini juga mampu untuk bersaing dengan penyanyi yang ada. Syabas Fathia!

Apapun, buat Fathia Latiff sememangnya jodoh itu adalah rahsia, mungkin bakal soulmate awak ada didepan mata siapa tahu?

Ditulis Oleh: Nik Nur Amira

Ad Ops