“Senyum Dekat Siapa Tu Sayang?” – Foto Paling Muka Sambil Tersenyum, Netizen Dakwa Ayash Affan Senyum Dekat Ibu

Selepas upacara aqiqah, cukur jambul dan tahnik Ayash Affan serta sambutan majlis tahlil 100 hari pemergian arwah Sarah pada Selasa, Shuib dilihat memuat naik hantaran di laman instagram miliknya berupa sebuah foto dirinya bersama anak keempatnya itu.

Namun, apa yang mencuri perhatian gambar tersebut menunjukkan Ayash yang berada dipangkuan Shuib kelihatan memalingkan mukanya ke sebelah kiri sambil tersenyum.

“Ayash senyum dekat siapa tu sebelah daddy sayang…Alhamdulillah Syukur Ya Allah…Allah maha tahu di atas segalanya. Amin ya Rab” tulisnya.

Hantaran yang dimuat naik Shuib itu kini berjaya meraih lebih 300,000 tanda suka dengan rata-rata netizen mendakwa, Ayash Affan tersenyum kerana melihat kehadiran ibunya.

Malah, netizen juga sempat membanjiri ruangan komen dengan kata-kata positif dan doa buat Shuib serta anak-anak.

Terdahulu, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, mendedahkan dirinya emosinya sering terganggu setiap kali terkenangkan arwah Sarah.

ARTIKEL BERKAITAN: Genap 100 Hari Pemergian Siti Sarah, Shuib Menangis Setiap Kali Terkenang Arwah

ARTIKEL BERKAITAN: Jumpa Doktor Setiap Minggu, Shuib Akui Beremosi Sepanjang Bergelar Bapa Tunggal

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau Baby Balik Rumah, Dia Nak Minum Susu Apa?” Shuib Akui Syatilla Melvin Tawar Bantuan

ARTIKEL BERKAITAN: Elak Risiko Jangkitan Covid-19, Shuib Tangguh Hasrat Lawat Anak

ARTIKEL BERKAITAN : “Tolong Hormat & Jaga Sensitiviti Keluarga Shuib…” – Pengurus Mohon Berhenti Kongsi Gambar Bayi

ARTIKEL BERKAITAN : “Cantiknya Nama… Baby Dah Mula Buka Mata & Bergerak Aktif” -Shuib Dedah Keadaan Bayi Kini Stabil

ARTIKEL BERKAITAN: “Sarah Kini Ditiarapkan, Ada Darah Beku Pada Paru-Paru” – Shuib Akui Jantung Siti Sarah Dalam Keadaan Lemah

ARTIKEL BERKAITAN : “Bakal Dibedah & Dikomakan Untuk Selamatkan Bayi Dalam Kandungan” – Shuib Harap Ada Keajaiban Buat Siti Sarah

Salma Syahbuddin