Categories: Trending

Belum Sahkan Kehamilan, Kini Baby Bump Neelofa Kian Jelas Kelihatan.. Comelnya!

Biarpun tidak mengiyakan atau menafikan berita kehamilannya, ‘baby bump’ selebriti dan usahawan popular, Neelofa kini kian jelas kelihatan.

Ia terserlah menerusi kemas kini yang dikongsikan oleh adik Neelofa, Ameera Khan di ruangan Instagram Stories.

Menghadiri sebuah acara jenama fesyen antarabangsa di ibu kota, Ameera berkongsi beberapa foto yang jelas menampakkan sosok tubuh Neelofa.

Walaupun sebelum ini berita kehamilannya heboh diperkatakan orang ramai, Neelofa mengambil pendekatan untuk tidak memberikan komen lanjut mengenai perkara terbabit.

Sebelum ini, percutian Neelofa bersama suami, Haris Ismail atau PU Riz di Pulau Langkawi pada Oktober lalu turut menjadi buah mulut netizen.

“Baru-baru ini, ketika saya bercuti di Langkawi bersama suami, saya bertemu dengan ramai peminat. Mereka boleh menilai sendiri keadaan saya.

“Saya tak ada perancangan untuk membuat apa-apa pengumuman, apa yang saya boleh katakan, saya amat perlukan doa semua.

“Saya nak cakap lebih-lebih pun takut. Saya perlukan doa yang baik, kata-kata yang positif. Perkara ini sangat sensitif, ada sesetengah orang anggap ia biasa, orang lain pula ia sensitif.

“Jadi, kalau yang nampak saya berbeza tu, berbezalah. Siapa yang nampak saya sama, samalah,” katanya ketika ditemui di sebuah acara pada 20 Oktober lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kita Lebih Disarankan Kongsi Mengenai Kelahiran Berbanding Kehamilan” – Neelofa Tak Ada Rancangan Nak Buat Pengumuman

Sekadar info, Neelofa mendirikan rumah tangga bersama PU Riz pada 27 Mac lalu.

Padin