#SeoulSaranghae: Lee Kwang Soo Tampil Dengan Bakat ‘Luar Biasa’ Dalam The Killer’s Shopping List

Pastinya ramai peminat bekas bintang Running Man, Lee Kwang Soo sudah tidak sabar untuk menyaksikan drama terbaharu beliau yang berjudul The Killer’s Shopping List.

Drama bergenre thriller komedi yang diambil dari kisah novel yang ditulis oleh Kang Ji Young ini menceritakan tentang mayat misteri yang ditemui di sekitar bangunan pangsapuri di kejiranan biasa yang terletak di pinggir Seoul.

Lee Kwang Soo yang memegang watak sebagai Ahn Dae Sung, seorang anak kepada pemilik pasaraya dan memiliki bakat luar biasa kerana mampu menghafal sesuatu perkara sehingga disifatkan sebagai seorang yang genius bagaimanapun berdepan cabaran apabila berdepan dengan kes pembunuhan yang berlaku di kejiranannya itu.

Dapatkah Ahn Dae Sung menggunakan bakat ‘luar biasa’ nya itu untuk menyiasat dan menangkap dalang disebalik pembunuhan yang berlaku? Sama-sama kita tunggu okay!

Selain Lee Kwang Soo, drama ini juga turut dibintangi oleh Seolhyun AOA yang memegang watak sebagai teman wanita Ahn Dae Sung dan juga merupakan seorang pegawai polis.

Difahamkan, drama ini akan menemui peminatnya bermula 27 April 2022.

 

 

Sumber: Soompi

Salma Syahbuddin