Bidas Isu Pendapatan ‘Haram’, Peguam Siti Bainun Akui Tidak ‘Koyak’ Dikecam Netizen – “Itu Puaskan Hati Mereka, Terserah..”

Salah seorang peguam yang mewakili pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun untuk kes penderaan melibatkan remaja sindrom down, Bella tampil mendedahkan dia sedikit pun tidak ‘koyak’ atas tohmahan melampau yang diterimanya atas kontroversi menjadi peguam Siti Bainun.

Peguam dikenali sebagai Nurul Hafidzah Hassan menyifatkan kecaman yang diterima hanya berdasarkan fizikal luarannya saja, justeru dia tidak ada masa untuk melayan perkara sebegitu.

“Yang saya nampak apabila dikecam ini mereka hanya attack pada luaran fikizal yang mereka nampak, contohnya pasal eyeliner, perbalahan tak ada yang ke arah fakta.

“Saya sebagai peguam, inshaaAllah tak koyaklah.

“Saya tak perlu pun terangkan perasaan saya sebab kita ada banyak lagi kerja nak buat.

“Jadi interpretasi mereka memuaskan hati mereka terserah kepada mereka. Kita tak perlu memberikan penjelasan yang palsu terhadap kita. I don’t have time for that,” ujarnya kepada Mstar.

Sementara itu, peguam Hafidzah Hassan menjawab dakwaan segelintir pihak yang melabel pendapatannya itu haram dan seolah selangkah ke neraka.

Menurutnya, kenyataan tersebut sebenarnya tidak wajar dibahaskan.

“Pada saya, selangkah ke neraka ini sebenarnya adalah salah. Kadang kala orang yang dikatakan salah itu dapat dibuktikan sebenarnya betul. Jadi, tak wajar untuk melabel sebegitu.

“Saya dah tak boleh nak control, orang nak cakap apa, cakaplah. Tapi kita sendiri yang buat, kita sendiri yang tahu apa yang kita pilih,” ujarnya.

Sumber: Mstar

Aqilah Paharuzi