Serasi Betul! Peminat Puji Lakonan Nabila Razali & Aedy Ashraf – “Aku Pulak Senyum”

Sejak drama rantaian TV3 Kerana Cinta Itu Ada ditayangkan, kebanyakan penonton mula memberi maklum balas yang positif terhadap lakonan Aedy Ashraf dan Nabila Razali serta drama tersebut.

Baru-baru ini, Nabila telah memuat naik potongan klip salah satu babak menerusi drama tersebut sekali gus meraih pujian dalam kalangan peminatnya di TikTok.

“Ini bukan enshemboi , ini ASHEMBOI 🙈 #KeranaCintaItuAda,” tulisnya.

@nabila.razalii Ini bukan enshemboi , ini ASHEMBOI 🙈 #KeranaCintaItuAda ♬ original sound – Nabila Razali

Menerusi drama bersiri tersebut, Nabila telah memegang watak sebagai Nabila Aulia atau Bella merupakan seorang gadis yang sentiasa disenangi oleh orang sekeliling tanpa menyedari dirinya dikhianati oleh kawan baik sendiri.

Kemunculan Aisy Mateen iaitu watak yang dibawakan oleh Aedy, berjaya membuka pintu hati Bella sekali gus mencetuskan pelbagai konflik dalam hubungan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerana Cinta Itu Ada Tampil Gandingan Mantap Aedy Ashraf & Nabila Razali

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata peminatnya mengakui lakonannya bersama Aedy menerusi drama ini menjadi dan serasi.

Selain Nabila dan Aedy, drama arahan Azri Izhar ini turut dibintangi oleh Alvin Chong, Puteri Khareeza, Emelda Rosemila, Syazuwan Hassan, Dian P.Ramlee dan ramai lagi.

Jangan lupa untuk menonton drama Kerana Cinta Itu Ada menerusi Slot Akasia, setiap hari Isnin hingga Ahad, pada jam 7 malam, di TV3 atau strim secara langsung di www.tonton.com.my.

ARTIKEL BERKAITAN: Aedy Ashraf & Nabila Razali Tiada Masalah Cipta KeserasianSejak drama rantaian TV3 Kerana Cinta Itu Ada ditayangkan, kebanyakan penonton mula memberi maklum balas yang positif terhadap lakonan Aedy Ashraf dan Nabila Razali serta drama tersebut.

Baru-baru ini, Nabila telah memuat naik potongan klip salah satu babak menerusi drama tersebut sekali gus meraih pujian dalam kalangan peminatnya di TikTok.

“Ini bukan enshemboi , ini ASHEMBOI 🙈 #KeranaCintaItuAda,” tulisnya.

Menerusi drama bersiri tersebut, Nabila telah memegang watak sebagai Nabila Aulia atau Bella merupakan seorang gadis yang sentiasa disenangi oleh orang sekeliling tanpa menyedari dirinya dikhianati oleh kawan baik sendiri.

Kemunculan Aisy Mateen iaitu watak yang dibawakan oleh Aedy, berjaya membuka pintu hati Bella sekali gus mencetuskan pelbagai konflik dalam hubungan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerana Cinta Itu Ada Tampil Gandingan Mantap Aedy Ashraf & Nabila Razali

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata peminatnya mengakui lakonannya bersama Aedy menerusi drama ini menjadi dan serasi.

Selain Nabila dan Aedy, drama arahan Azri Izhar ini turut dibintangi oleh Alvin Chong, Puteri Khareeza, Emelda Rosemila, Syazuwan Hassan, Dian P.Ramlee dan ramai lagi.

Jangan lupa untuk menonton drama Kerana Cinta Itu Ada menerusi Slot Akasia, setiap hari Isnin hingga Ahad, pada jam 7 malam, di TV3 atau strim secara langsung di www.tonton.com.my.

ARTIKEL BERKAITAN: Aedy Ashraf & Nabila Razali Tiada Masalah Cipta Keserasian

Fatin Nurain