Terima Kejutan Sambutan Ulang Tahun , Zahid Hamidi Titip Ucapan Terima Kasih

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menjadi perhatian umum setelah menerima kejutan ulang tahun yang ke-70 semasa berlangsungnya Mesyuarat Kabinet.

@ahmadzahidhamidiPagi ini saya telah dikejutkan dengan kek sambutan hari jadi semasa Mesyuarat Kabinet dengan disusuli doa ringkas oleh Menteri Agama Dato’ Dr Mohd Na’im Mokhtar. Kenangan terindah bersama rakan Ahli Jemaah Kabinet yang turut sama menyertai acara potong kek sebentar tadi. Terima kasih semua yang meraikan hari kelahiran saya yang turut disambut oleh dua cucu saya yang berkongsi tarikh yang sama hari ini. Terima kasih juga kepada sahabat dan teman seluruh negara yang mendoakan dan mengirim ucapan melalui WhatsApp Telegram dan melalui Media Sosial yang tidak mampu saya balas satu persatu.

♬ A sad, sad, sentimental ballad(1265603) – ayumu tanahasi

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Zahid di TikTok, beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua yang mengingati dan mendoakan kesejahteraan dirinya.

“Pagi ini saya telah dikejutkan dengan kek sambutan hari jadi semasa Mesyuarat Kabinet.

“Terima kasih semua yang meraikan hari kelahiran saya  yang turut disambut oleh dua cucu saya yang berkongsi tarikh yang sama hari ini.

“Terima kasih juga kepada sahabat dan teman seluruh negara yang mendoakan dan mengirim ucapan melalui WhatsApp, Telegram, dan melalui media sosial yang tidak mampu saya balas satu persatu,” tulis Zahid.

Menelusuri ruangan komen, warganet mengucapkan selamat ulang tahun dan mendokan agar segala urusan dirinya dipermudahkan.

“Semoga tuan presiden dalam rahmat Allah SWT.

“Happy birthday YAB DSAZH, semoga terus diberi kekuatan oleh Allah untuk memimpin UMNO. Kami perlukan pemimpin yang tegas seperti datuk.

“Sannah Helwah yang ke-70 Datuk Seri. Semoga dipanjangkan usia serta dilimpahkan kesihatan yang baik agar dapat terus berbakti kepada negara. Amin Ya Mujib,” tulis wargamaya.

Halimey Zamal