Sertai Ironman Langkawi 2019, Alif Satar Disoal Bab Solat Pula?

Kalau sebelum ini, nama Alif Satar sering disebut-sebut kerana kejayaan beliau mampu menamatkan cabaran Ironman Langkawi 2019 selama 15 jam 5 minit, kali ini beliau sekali lagi diajukan soalan ‘panas’ apabila terdapat segelintir netizen mempersoalkan tentang bagaimana artis itu menunaikan ibadah solat.

Namun, ini respon penyanyi yang popular menerusi lagu Sesungguhnya Aku apabila beliau tampil menjawab komen tersebut diruang komen instagram miliknya.

Alif menjelaskan, bahawa pihak penganjur menyediakan ruang khas sebagai kemudahan solat untuk semua atlet yang beragama islam. Tambahnya lagi, terdapat beberapa sukarelawan yang turut membantu urusan mereka sepanjang cabaran berlangsung.

 

Terdahulu, Alif pernah mencatatkan masa enam jam 42 minit untuk menamatkan perlumbaan sejauh 112.7 KM, membabitkan acara renang sejauh 1.6KM, berbasikal 90 KM, dan berlari sejauh 21.1KM pada tahun lalu.
Salma Syahbuddin