“Setiap Dari Kita Pasti Akan Diuji Dengan Pelbagai Dugaan…” – Azhar Sulaiman Titip Doa Buat Noh & Nina, Mohon Dapat Rujuk Semula

Walaupun sudah genap 5 hari berita mengenai perceraian pasangan popular, Noh Salleh dan Mizz Nina, namun ia masih mendapat perhatian bukan sahaja dalam kalangan warganet tetapi juga rakan selebriti lain.

Terbaharu, menerusi perkongsian pelakon yang popular menerusi drama Cinta Korporat, Azhar Sulaiman, 51, dilihat sempat menitipkan doa menerusi hantaran di laman Instagram miliknya dan berharap agar kedua-dua pasangan ini dapat rujuk kembali.

“Setiap Dari Kita Pasti Akan Diuji Dengan Pelbagai Dugaan Dalam Hidup Ini. Sebagai rakan artis, Mami hanya ingin mendoakan agar mereka akan rujuk dan kembali Bersatu. Aamiin,” tulisnya.

Perkongsian itu sekaligus mendapat respons yang posiitf daripada peminat dan pengikut beliau yang rata-ratanya bersetuju dan berharap agar pasangan ini dapat bersama semula.

Terdahulu, Noh dan Mizz Nina mengumumkan berita mengenai perceraian mereka menerusi kenyataan yang dimuat naik di Instagram milik mereka berdua.

Media juga melaporkan, pasangan ini sudah bercerai dengan talak satu pada 14 Jun lalu di Mahkamah Rendah Syariah, Gombak Timur selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga.

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Seperti Kaza & Normah Damanhuri…” – Dikecam Tak Pandai Didik Anak, Azhar Sulaiman Hanya Mampu Titip Doa

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] “Kalau Atok Aku Punya Company Pun, Aku Kerja Dengan Dia…” – Anak Azhar Sulaiman Perjelas Isu Guna ‘Kabel’ Internship Di AirAsia

ARTIKEL BERKAITAN:Tular Foto Anak Pakai Baju Seakan Berkemban: “Zaman Saya Muda Lebih Teruk” – Azhar Sulaiman

 

Salma Syahbuddin