“Setidak-Tidaknya Berilah Sokongan” – Ahirine Ahirudin Minat Sukan Lasak, Inginkan Teman Lelaki Sama Hobi

Pelakon baru, Ahirine Ahirudin memberitahu dia cukup meminati sukan lasak seperti sukan Muay Thai dan aktiviti permotoran.

Memetik laporan mStar, Ahirine, 26, berpendapat seni mempertahankan diri sangat penting lebih-lebih lagi dapat melindungi diri wanita daripada sebarang kejadian yang tidak diingini.

“Keadaan sekarang ini sukar nak jangka, lebih-lebih lagi apabila melibatkan penderaan.

“Seni mempertahankan diri juga dapat dijadikan alat keselamatan sekiranya berdepan dengan kejadian tidak diingini,” katanya.

Menurut Ahirine, disebabkan minatnya itu, dia mencari lelaki idaman yang turut mempunyai hobi yang sama dengannya.

“Kalau ada minat sama itu bagus, tetapi sekiranya hobi berbeza, setidak-tidaknya berilah sokongan.

“Maklumlah saya menceburi bidang sukan yang didominasi lelaki, jadi tentu saya perlu semangat daripada pasangan,” ujarnya.

Namun begitu, dia lebih suka menikmati kehidupan solo dan tiada perancangan untuk mendirikan rumah tangga dalam tempoh terdekat.

“Biarlah saya nikmati kehidupan dahulu, karier lakonan pun baru bermula. Tapi kalau dah jodoh, siapa saya untuk menolaknya, bukan?,” kata Ahirine.

Untuk rekod, pelakon ‘body double’ ini pernah membintangi filem Remp-It 2 dan bakal menemui penonton di pawagan GSC di seluruh negara untuk filem Gadis Jolobu The Movie pada 4 Ogos ini.

Sumber: mStar

Maya Basir