“First Time Tengok Depan Mata…” – Individu Maut Jatuh Dari Tingkat 4 Pusat Beli Belah KLCC

Seorang individu dilaporkan meninggal dunia di pusat membeli-belah Suria Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pada Isnin.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 9.38 minit itu sempat dirakam oleh warganet sehingga tular di media sosial.

Menerusi ciapan yang dikongsikan oleh individu yang dikenali sebagai @fad Manaf, beliau menunjukkan pihak pengurusan pusat membeli-belah terbabit sedang menutup mayat yang difahamkan terjatuh dari tingkat 4 bangunan berkenaan.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada mangsa itu terjatuh dari tingkat 4 bangunan tersebut atau sebaliknya.

Menerusi ciapan yang sama, Fad Manaf juga memaklumkan, pihak pengurusan turut menyediakan khemah khas untuk menutup mayat mangsa sekiranya berlaku sebarang kecelakaan akibat terjatuh atau insiden terjun bangunan di pusat membeli-belah popular itu.

Setakat ini perkongsian itu menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warganet yang berharap agar pusat membeli belah itu menyediakan kemudahan jaring ‘net’ bagi mengelakkan insiden sebegitu berulang kembali.

Bagaimanapun, memetik laporan Malaysiakini, mangsa dikenalpasti sebagai wanita berusia lingkungan 23 tahun yang sebelum itu kelihatan sedang berjalan bersendirian sebelum dilaporkan terjatuh.

Menurut Ketua Polis Dang Wangi, Noor Dellhan Yahaya, ia berdasarkan rakaman yang diambil dari kamera litar tertutup (CCTV) pusat beli belah berkenaan dan  setakat ini siasatan lanjut masih lagi dijalankan.

 

Sumber: Twitter, Malaysiakini

Salma Syahbuddin