SFMM37: Tak Taruh Harapan Tinggi Mara Ke Final, Insomniacks Mahu ‘Enjoy’ Persembahan – “Kami Bersyukur & Chill Je”

Kumpulan Insomniacks berjaya melayakkan diri ke peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik Ke- 37 menerusi lagu Sempurna yang bakal berlangsung pada Jumaat dan Sabtu ini.

Susulan itu, ditanya mengenai persiapan sebelum beraksi di pentas berprestij tersebut dengan melakukan latihan setiap hari dan memastikan mereka tidak gementar.

“Kami practice setiap hari, main game setiap hari dan kami tak nervous setiap hari.

“Kami sebenarnya okay-okay lah, kami bersyukur,” kata Insomniacks.

Bukan itu sahaja, kumpulan itu berkongsi bahawa mereka merancang untuk menyanyikan Sempurna dalam versi asal seperti persembahan selalu.

“Untuk semi final okay sebab kami rancang nak buat original version sebab lagu ini selalu kami nyanyikan so perform je la tapi kalau dikatakan dapat masuk final mungkin kami akan berlatih,” ujar mereka.

Insomniacks yang dianggotai tiga anak muda iaitu Iqie, Iskandar dan Danial menyatakan bahawa mereka tidak meletakkan sasaran tinggi untuk mara ke pentas akhir malah lebih kepada menikmati persembahan.

“Kita target nak enjoy je tapi kami akan buat persembahan yang terbaik.

Perkembangan terbaru, Insomniacks baru sahaja melancarkan sebuah single baharu yang berjudul IGAUAN MALAM dan boleh distrim di semua platform digital manakala muzik video rasmi IGAUAN MALAM boleh ditonton di saluran Youtube Insomniacks.

Atiqah Johari