Sherry Ibrahim Berhenti Berlakon?

Pelakon, pengacara dan kini merupakan seorang usahawan, Sherry Ibrahim, 35, adalah seorang yang sentiasa pantas merebut peluang yang muncul di depan mata. Merupakan bekas pramugari MAS yang mula menempa nama menerusi platform Teduhan Kasih yang disiarkan di TV3. Sherry kini kelihatan jarang sekali membintangi drama mahupun filem di kaca televisyen. Adakah kerana dirinya sudah tidak laku? Ataupun dia membawa diri kerana merajuk dengan kisah cintanya yang tidak berkesudahan?

Menurut Sherry, dia kini sedang fokus dengan perusahaan kosmetiknya, Deeja Cosmetic dan terpaksa memperlahankan dahulu bidang lakonan. Kerana, bergelar seorang business woman, Sherry akui beliau banyak berdepan dengan cabaran dan memerlukan fokus serta komitmen yang sepenuhnya. 

Selain itu, Sherry juga baru sahaja melancarkan koleksi tudung beliau sendiri yang diberi nama, Sherry Scarves. Maka, tidak hairanlah untuk beliau untuk bergiat aktif dalam dunia lakonan kerana jadualnya yang terlalu padat. Tambah Sherry, beliau bukanlah tidak mahu berlakon langsung, namun beliau hanya berehat buat seketika.

“Sekarang, saya telah memutuskan untuk memperlahankan dahulu bidang lakonan kerana perniagaan merupakan fokus utama saya. Tapi, kalau ada tawaran yang bersesuaian dengan jadual, mungkin saya akan consider,” jelas gadis tinggi lampai ini.

Maka, khabar angin yang mengatakan beliau berhenti berlakon kerana membawa diri disebabkan patah hati adalah salah sama sekali. Sherry nyata mempunyai perancangan yang lebih baik untuk dirinya. Respect to Sherry!

Apa pun, kami mengharapkan yang terbaik untuk Sherry Ibrahim. Semoga perniagaan beliau semakin maju!

Ditulis Oleh : Nur Nasuha

Ad Ops