Baru saja dikejutkan dengan kehilangan lapan telefon hilang akibat dicuri, pelakon Sherry Ibrahim sekali lagi diuji apabila tiga kotak tudung keluarannya hilang!

Kata Sherry, anggaran kerugian hampir mencecah RM35,000 dan kes kecurian ini sudah dilaporkan di Balai Polis Bukit Puchong, kira-kira jam 3.30 petang hari yang sama.

” Petang tadi dapat panggilan, saya diberitahu tiga daripada 21 kotak yang setiap satu mengandungi 104 helai tudung hilang dalam perjalanan.

“Kotak selebihnya semua berada dalam keadaan basah. Jumlah kerugian adalah sebanyak RM35,000 (membabitkan 312 helai tudung),” katanya menerusi Instagram miliknya, malam tadi.

Begitupun, pelakon dan pengacara berusia 34 tahun itu reda dengan kejadian berkenaan, selain menganggap ia sebagai ujian buat dirinya serta seluruh pasukan Sherry Scarves.

“Tak mengapa, tidak semua yang sanggup bersusah payah mencari rezeki yang halal. Mungkin ini cara sesetengah golongan yang hendak hidup senang lenang.

Terdahulu, dalam kejadian pertama pada 14 Mei lalu, pejabat jualan dalam talian syarikatnya dipecah masuk individu tidak bertanggungjawab yang mencuri sembilan telefon bimbit mengandungi data pelanggan. Sabarlah ya Sherry, pasti ada hikmah di sebalik ujian ini…

SGMS Faida