Categories: Eat TravelSemarak

Buka Puasa Dengan Crème Caramel Yang Lembut Dan Lazat Ini, Senang Saja Nak Buat!

Penulis selalunya dapat makan crème caramel di majlis-majlis keramaian. Tak pernah nak cuba buat sendiri sebab nampak macam susah!

Rupa-rupanya senang sangat. Ramuan yang diperlukan pun basic saja.

Hmm, memang sedap kalau dimakan sebagai pencuci mulut. Rasanya tak terlalu manis jadi kalau anda dah kenyang dengan main course, anda gerenti ada selera untuk pudding yang selembut sutera ini. Eceh!

Jom cuba buat.

Bahan-bahannya:

Untuk caramel:

  • ½ cawan gula pasir

Untuk pudding:

  • 3 biji telur kuning
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1/3 cawan gula pasir
  • 1 ½ cawan susu
  • 6 sudu besar heavy cream

Nota: Anda perlukan ramekin (mangkuk tembikar) untuk resipi ini.

Untuk cara-caranya, sila saksikan video ringkas ini:

Sumber: Tasty

Ad Ops