Hiburan By: SGMS Faida January 4, 2019 @ 3:05pm

Shiha Kecil Hati PIPIYAMA Dikritik Pendengar Malaysia?

Penyanyi Shiha Zikir meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir netizen di Malaysia yang masih melakukan buli siber di media sosial.

Kata penyanyi yang baru sahaja tampil dengan lagu PipiYama, dia terkejut apabila membaca komen berhubung lagu dangdut nyanyiannya yang kini hits di Indonesia.

“ Jika orang Indonesia buli Shiha, Shiha faham sebab mungkin Shiha orang luar. Tapi kalau orang negara sendiri yang buli, itu Shiha tak faham,” tulisnya.

Shiha yang kini menempa nama di Indonesia berasa hairan kerana sebilangan besar pendengar di sana boleh menyokong lagu ini tetapi berbeza pula situasi di sini.

“ Sepatutnya orang kita lah kena sokong sebab bukan mudah nak masuk mana-mana pasaran luar negara.

“ Takpe, Shiha akak tetap berjuang dalam dunia seni sebab Shiha cintakan dunia seni. Bukan sebab populariti,” katanya.

Akui wanita berusia 31 tahun ini, dia lebih senang mencipta nama dengan bakat dan bukan kontroversi semata-mata.

“ Biarlah orang kenal Shiha hanya melalui lagu atau pencapaian Shiha dalam dunia seni. Itu dah mencukupi,” luahnya.

Sementara itu, Shiha turut berterima kasih kepada pengamal media dan pihak produksi di Malaysia dan Indonesia yang banyak memberi sokongan kepadanya selamat bergelar anak seni. Semoga terus sukses dengan PipiYama, Shiha!

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 29 Nov 2022
Featured Fri, 1 Oct 2021
Hiburan Thu, 4 Apr 2019
Hiburan Mon, 3 Sep 2018

Bakal Masuk Set Nur 2, Syafiq Kyle Buat Persediaan Lebih ‘Segar’

Bagi Syafiq, dia tidak nafikan keterujaan untuk masuk ke set dan sekurang-kurangnya dengan pembikinan Nur 2, ia menjadi alasan untuk tenaga produksi Nur berkumpul sekali lagi.

Hiburan Thu, 31 Jan 2019

Betty Stylo Walaupun Dalam Pantang

Comel je kan mommy Betty ni!

Featured Fri, 29 Sep 2023
Trending Thu, 16 Apr 2020
Hiburan Sat, 16 Sep 2023