Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 24, 2023 @ 3:00pm

Shila Amzah Beri ‘Hint’, Hubungan Dengan Ubai MZ Terlerai? -“Terima Kasih Untuk 5 Bulan Yang Begitu Indah”

Penyanyi Shila Amzah mengejutkan ramai pihak apabila memuat naik hantaran terkini di Instagram miliknya seolah-olah memberi bayangan bahawa hubungannya bersama kekasih hati yang juga pempengaruh media sosial, Ubai MZ sudah terlerai.

Menerusi hantaran tersebut, Shila menitipkan ucapan terima kasih kepada Ubai dengan memuat naik foto mereka berdua.

“Terima kasih untuk 5 bulan yang cukup indah. 

“Awak adalah pasangan yang hebat. Terim kasih kerana menunjukkan kasih sayang kepada Seth.

“Saya doakan yang terbaik untuk awak, dimurahkan rezeki dan semoga awak dapat segala apa yang awak hajati @ubaimz.

“Terima kasih untuk segala-galanya.Saya akan ingat memori ini sampai bila-bila,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah)

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Shila terkejut dengan hantaran berkenaan.

Malah, ada juga yang sempat menitipkan pesanan dan doa agar kedua-duanya positif dan menerima takdir Allah dengan hati yang terbuka.

Terdahulu, pasangan ini mengaku bercinta menerusi sesi siaran langsung di TikTok.

Dan, pada 7 April lalu, Shila menerusi hantaran di platform berkenaan memberitahu bahawa dia telahpun menerima lamaran dari kekasihnya itu.

Untuk rekod, Shila sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki dan dikurniakan dengan seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 9 Apr 2020

[TRENDING] Petugas Kebersihan Bongkar Sikap Sebenar Glenn Fredly

Tenanglah di negeri abadi, Glenn Fredly.

Hiburan Thu, 31 Jul 2025

Syamel, Ernie Zakri Janji Persembahan Penuh Jiwa Di Ambang Tahun Baharu – “Malam Sarat Emosi, Penuh Nostalgia”

Ernie Zakri, Syamel janji beri persembahan luar biasa secara intimate di konsert ambang tahun baru

Hiburan Fri, 1 Nov 2024
Featured Tue, 23 Dec 2025

Uqasha Senrose Tak Berdiam Diri, ‘Cari’ Individu Tabur Fitnah – “Terlampau Jahat Sangat Kata-Kata Manusia”

Mengakui baru pertama kali bergelar ibu, Uqasha atau nama lengkapnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen berkata, situasi tersebut memberi kesan mendalam kepada emosinya.

Trending Sun, 8 Nov 2020
Featured Thu, 26 Sep 2024
error: Content is protected !!