Shila Amzah Kongsi Momen Tangani Anak Alami ‘Speech Delay’- “Kena Banyak Bersabar, Jangan Give Up!”

Penyanyi Shila Amzah berkongsi momen perkembangan terkini anaknya, Seth Uwais, menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Selasa.

Difahamkan, anaknya itu mengalami kelewatan bertutur (Speech delay) dan masalah deria (Sensory Issues) sehingga perkembangannya lambat setahun berbanding kanak-kanak seusianya.

“Umur 3 tahun lebih ni  dia tengah cuba baca melayu @sethuwais , pelan-pelan ya nak..Nanti boleh tu.

“English dah boleh baca, now mommy nak seth pandai bahasa melayu juga, Awak tu Melayu. Lepas dua-dua ni okay kita cuba bahasa mandarin pulak ya,” tulisnya.

 

Dalam pada itu, Shila menasihatkan agar para ibu yang mengalami nasib sama sepertinya supaya tidak berputus asa dan banyak bersabar.

Malah, mengambil pendekatan untuk sentiasa bercakap dan kerap melakukan aktiviti sebagai salah satu bentuk ikhtiar bagi merangsang perkembangan anak-anak.

“Kepada semua mommies yang menghadapi anak yang ada Speech Delay, kita kena banyak bersabar okay. Keep on talking to your baby, cakap je.

“Jadi commentator untuk semua benda! Mula-mula saya mulakan dulu dah macam cakap sorang-sorang.. Tapi sekarang Seth pun dah pandai guna words dia bila nak something. It takes time,tapi Insya-Allah don’t give up okay,” katanya.

 

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut pelantun lagu Tiada Dirimu ini turut berkongsi pengalaman mereka menangani anak yang mempunyai masalah sama seperti Shila.

 

Salma Syahbuddin