Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 11, 2024 @ 3:35pm

Shuib Gesa Budaya Buli Siber Dihentikan, Kongsi Arwah Siti Sarah Pernah Alami Anxiety Teruk – “Kaulah Terpaling Hebat, Bila Jumpa Takut”

Pelawak dan usahawan popular, Shuib menyelar kegiatan buli siber yang dilihatnya semakin parah dalam kalangan masyarakat.

Ini termasuklah, laporan yang mendakwa seorang pempengaruh TikTok menamatkan riwayat sendiri pada 5 Julai lalu akibat tekanan perasaan.

Kata Shuib ketika ditemui XTRA, budaya negatif yang membawa pelbagai kesan kepada pengguna internet dengan tidak mengira faktor usia tidak sepatutnya menjadi ikutan.

Justeru, dia berharap penggunaan media sosial yang berhemah wajar dilestarikan.

“Ini sedikit nasihat dan teguran, buli siber adalah serius. Biasa kita dengar isu-isu babitkan bunuh diri kerana buli siber hanya berlaku di negara luar misalnya Korea.

“Sekarang semakin menular di Malaysia. Jangan normalisasikan buli siber, kalau mereka yang kena (buli) itu boleh hadap tidak apa, tapi ini sampai jadi kes bunuh diri.

“Jadi tolong hentikan buli siber, ini bukan budaya kita. Kita wajar fikirkan apa kesannya kepada keluarga mangsa,” katanya.

 

Selain itu,  Shuib juga mengakui,  dia antara individu yang sering berdepan dengan kes serangan buli siber di platform media sosialnya.

Malah, situasi sama juga turut dialami oleh arwah isterinya, Siti Sarah Raisuddin.

“Saya orang yang selalu dibantai di media sosial. Cerita pasal perniagaan sampai jejaskan kehidupan peribadi. Ini tidak sihat. Akibatnya, saya sendiri alami tekanan perasaan.

“Saya tak faham mengapa ada individu gemar sangat menaip, tinggalkan komen, ‘masa untuk makan popcorn’ atau saya liketanda hadir.

“Ini semua jenis suka mengapi-apikan situasi dan ajak orang lain semua berkampung di ruangan itu.

“Kalau tersalah cakap kita minta maaf, tapi permohonan maaf itu ibarat tiada makna, kita akan tetap dibuli. Kes buli siber juga pernah cetuskan anxiety (risau melampau) arwah Sarah, dia jadi amat tertekan,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Shuib, 39, berkata individu yang gemar melakukan buli siber hanya nampak gah di media sosial namun semuanya ‘kecut perut’ jika dibawa ke muka pengadilan.

“Inilah permainan media sosial, nampak gah hanya pada penulisan, kaulah terpaling hebat, duduk dalam seluar (mangsa buli).

“Tapi apabila kes dibawa ke mahkamah, mereka jadi takut dan tundukkan muka tanda penuh penyesalan.

“Masa itu, kau hanya minta maaf dalam mahkamah. Mereka tidak sepatutnya berbuat demikian, tapi mungkin juga mereka seorang yang baik, tapi ini semua akhirnya dapat apa?” ujarnya.

Berkongsi mengenai perkembangan terkini, Shuib bersama dua lagi rakannya iaitu, Shuk dan Fizie akan muncul dalam siri podcast terbaharu berjudul, Dol’s Podcast.

Dol’s Podcast akan mula bersiaran pada 17 Julai ini dengan durasi tayangan selama lebih satu jam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 21 Dec 2023
Trending Mon, 11 Apr 2022
Featured Fri, 14 Sep 2018

Coretan Indah Fazura Buat Fattah Sempena Ulang Tahun Ke-28 Suaminya. Happy Birthday Fattah!

Fazura mengusik hati netizen dengan beberapa posting romantis di Instagram sempena ulang tahun kelahiran suaminya, Fattah Amin.

Events Thu, 16 Feb 2023

M.Nasir Tampil Single Baru, ‘Munajat’ Dijadikan OST Filem Imam

Lagu Datuk M.Nasir tak pernah menghampakan!

Trending Wed, 14 Feb 2018

11 KPOP SONGS FOR ALL SINGLES THIS VALENTINES DAY

Valentine’s Day is the season for lovers to publicly show off their affection. But what about all the single people? Here are some songs to pull you through this day.

Hiburan Wed, 22 Jan 2025
Hiburan Sun, 7 May 2023

Azmi Saat Dan One Path Bekerjasama Lancarkan Lagu Bertemakan Perjuangan

Wah lain betul penyampaian lagu ni memang terbaik

Hiburan Mon, 30 Jul 2018

Dia Band Tukar Vokalis Lagi?

Ia soal komitmen. Yazid juga memiliki single sendiri. Kumpulan kami perlu mengorak langkah ke hadapan dengan komitmen. Tiada soal perselisihan faham atau sebagainya.

error: Content is protected !!