Categories: HiburanSelebriti

Shuib Tinggalkan Sinar FM Peminat Luah Kesedihan

Shuib Sepahtu mengumumkan yang beliau bakal meninggalkan konti Suria FM sebagai penyampai radio berkuat kuasa serta merta.

Shuib yang bergandingan bersama Jep & Rahim untuk mengendalikan program pagi di Sinar FM berkata yang beliau mahu menumpukan perhatian kepada perniagaan & aktiviti seni lain sebagai sebab beliau tinggalkan Sinar FM

“Saya berharap semua peminat dan pendengar Sinar FM terus mendengar dan memberi sokongan kepada sahabat saya Jep juga Rahim. Saya percaya mereka akan berikan yang terbaik walaupun tanpa saya,” ujarnya.

Peminat Shuib tidak ketinggal meluahkan rasa sedih dengan keputusan Shuib itu namun mereka tetap memberikan kata semangat atas apa pun keputusan yang Shuib mahu lakukan selepas ini.

SGMS Enal