Siapa Kata Suara Aliff Syukri Tak Sedap, Cer Dengar Lagu Ni

Selepas lagu Bobo Dimana nyanyian Datuk Aliff Syukri, Sajat dan Lucintaluna mendapat kecaman hebat daripada netizen, kini Datuk Aliff Syukri dan Isteri, Datin Shahida tampil dengan lagu nasyid pula. 

Lagu yang diinspirasikan daripada lagu Deen Assalam itu mendapat sentuhan komposer dan penyanyi nasyid popular, Hafiz Hamidun. Malah, kalau didengar lagu tersebut juga diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu agar mudah difahami.

Sumber : Instagram @aliffsyukri

Malah, rata-rata peminat dan followers Datuk Aliff memuji suara pasangan suami isteri ini menyanyikan lagu bergenre nasyid. Al-maklumlah, sebelum ini pun Datin Shahida terkenal menyanyikan lagu-lagu nasyid bersama kumpulan Solehah.

Dilihat komen berbentuk positif membanjiri ruangan komen Datuk Aliff Syukri menerusi akaun instagram miliknya.

Wah! Nampaknya ramai juga yang memuji kombinasi suara Datuk Aliff Syukri dan Datin Shahida kan? Alhamdulillah, mungkin lepasni Datuk Aliff akan muncul sepenuhnya dengan album nasyid? Siapa setuju?

 

 

Salma Syahbuddin