Hiburan By: Del14 October 24, 2019 @ 2:44pm

Siapa Lelaki Misteri Dalam Hidup Risteena Munim?

Ada apa-apa ke antara pelakon Risteena Munim dan Isa Khan?

Hal itu mula diperkatakan peminat apabila Risteena Munim atau nama penuhnya Nur Risteen Munim binti Zainul Ilyas memuat naik video di Instagram, menunjukkan seorang lelaki menyuapkan makanan.

Malah, sebelum itu, dia turut memuat naik foto seorang lelaki bertopi dan berbaju hitam tapi wajah ditutup dengan emoji sejambak bunga.

Menguatkan lagi dakwaan peminat, lelaki misteri itu ialah Isa Khan, apabila Risteena memuat naik foto bersama Isa dan kakaknya, Farali Khan berserta kapsyen ‘Family’ namun foto itu telah pun dipadam.

“Diharap semua pihak tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan yang tidak keluar dari mulut saya.

“Jangan hanya mendengar sebelah pihak agar tidak timbul spekulasi tidak benar,” tulis Risteena di IG miliknya semalam.

Pengikut IG pasti perasan Isa Khan juga telah memuat naik video di IG Story sedang bersama seorang wanita yang diletak emoji ‘Love’.

Oleh: Guy Masaki

 

Sumber: Instagram @nur_risteena & @theisakhan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sun, 7 Aug 2022

Malam Paling Indah! Konsert Anuar, Ziana Zain Ternyata Memukau, Jadi Kenangan Abadi Buat 2,800 Peminat

Anak-anak Pak Zain memang another level! Tahniah Kak Ziana & Abang Nuar♥♥♥

Trending Hari Ini Sun, 7 Jun 2020
Cahaya Mata Thu, 27 Oct 2022
Hiburan Mon, 23 Dec 2019
Featured Thu, 21 Apr 2022

Zul Ariffin Hadiahkan SUV Mewah Kepada Bekas Kekasih

Wah! Bestnya Zul Ariffin bagi birthday present…

Trending Fri, 4 Dec 2020