Siti Khadijah Mohon Maaf Kepada Anna Jobling & Meerqeen – “Saya Tiada Niat Nak Aibkan Mana-Mana Pihak”

Pelakon Siti Khadijah Halim tampil memohon maaf kepada pelakon Anna Jobling dan Meerqeen atas dakwaan memuat naik hantaran berbaur sindiran.

Siti Khadijah berkata perkongsiannya itu hanya sekadar luahan hati tanpa niat untuk mengaibkan mana-mana pihak.

“‘Saya tak ada niat nak aibkan mana-mana pihak, saya fikir dua kali sebelum saya tulis dan post. Apa yang saya tulis itu datang dari hati, untuk diri saya bukan nak aibkan atau menjatuhkan orang lain.

“Saya dengan Anna kawan bukannya lawan. Mungkin penulisan saya disalah anggap sesetengah pihak. Ikhlas dari hati, saya ingin memohon maaf kepada Anna dan Meerqeen atas kata-kata saya di laman sosial menyinggung perasaan mereka.

“Saya ambik peluang ini untuk mohon maaf kepada mereka. Tak ada niat buruk pun dekat mana-mana pihak,” katanya.

Pelakon drama Sekali Lagi Cinta Kembali itu juga menganggap apa yang terjadi sebagai pengajaran buat dirinya dan akan lebih berhati-hati dalam setiap perkongsiannya selepas ini.

“Apa yang terjadi, saya ambil sebagai pengajaran, sebab saya pun baru dalam industri ini dan masih cari rezeki. Lepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam setiap penulisan di laman sosial.

“Saya memang tak niat langsung nak burukkan mana-mana pihak. Kepada sesiapa nak tegur, tegur la saya. Mungkin cara penggunaan penulisan saya tu salah.

“Andai boleh undur masa, saya tak nak pun tulis benda yang akan jadi isu, saya tak nak terpalit dengan kontroversi yang tidak baik,” ujarnya.

Sebelum ini hangat diperbualkan di media sosial mengenai isu seorang pelakon wanita yang didakwa memburukkan nama Anna Jobling di media sosial.

Menjawab isu tersebut, Anna Jobling berasa kecewa apabila mengetahui dirinya menjadi bahan sindiran rakan artis yang pernah berkerjasama dengannya.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Pelakon Wanita Tak Senang Dengan Anna Jobling? – “Saya Tak Kacau Sesiapa, Kenapa Nak Kacau Saya?”

Sumber: Gempak

Khairil Khusyairi