“Orang Selalu Tanya, Betul Ke Tu Anak Bujang You?” – Ozlynn Kongsi Nikmat Kahwin Muda

Pelakon Ozlynn berkongsi rasa gembira dan nikmat mendirikan rumah tangga diusia muda selepas menyedari anak sulungnya, Ahmad Ariq Hanania yang membesar seakan sebaya dengannya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Ozlynn telah memuat naik foto bersama Ariq yang mengenakan pakaian sedondon dan berkongsi kisah keindahan kahwin muda.

“Bila anak bujang ajak dating, tak berjanji pun nak pakai style sama or color sama. Tahu-tahu je bila jumpa kat bawah.. aikkk? Sama arr.. So, let’s OOTD.. haihh orang selalu tanya Ozlynn betul ke tu anak bujang you.

“Habis tu, tu la untung kawin muda. Kahwin pun sebab abah dengan mak suruh kahwin. Kalau tak mau sekarang ni aku hohaaaa tah ke mane.

“Orang selalu tanya.. best ke kawin muda? Aku akan jawab, hilanglah zaman muda nk berhuhaaa dengan rakan sebaya,” tulisnya.

Malah, isteri kepada pelawak Johan itu juga menyatakan rasa syukurnya apabila dikurniakan seorang suami yang hebat ilmu agama untuk membimbingnya.

“Kalau pasangan kita jenis memahami dan hebat ilmu agamanya, Insya-Allah segalanya mudah. Maksud saya mudah bukan bererti tak ada ujian.

“Tidak, pasti akan ada pasang surutnya. Yang bagusnya bila dapat suami yang berilmu ni dia tahu jalankan tanggungjawab dia.

“Paling hebat, bila kesabarannya diuji..  Sampai sekarang diuji dan perangai aku masih macam dulu. Kadang sama naik dengan anak.. yang nampak berubah, pandai manage time, pandai carik duit, pandai masak. Yang lain-lain, Insya-Allah, bakal menyusul,” katanya.

Menurut Ozlynn, antara nikmat berkahwin muda adalah apabila anak-anaknya meningkat remaja, dia tetap kelihatan muda dan sebaya dengan mereka.

“Bukan itu saja, yang paling best bila kita belum masuk angka empat anak pun dah remaja. So, bila berjalan dengan anak kita akan nampak sentiasa remaja ibarat kakak dengan adik-adik,” jelasnya.

Selain itu, Ozlynn juga sempat meluahkan rasa syukurnya dengan kehidupannya sekarang ini dan turut mendoakan kesejahteraan orang ramai yang masih mengimpikan jodoh, zuriat dan keluarga.

“Ni bahagian yang best jek aku story tau. Yang penat lelah, tak cukup tidur, anak tak sihat sume tak payah ceritalah sebab aku bersyukur sesangat apa yang ada sekarang ni.

“Kehidupan yang biasa-biasa. Apa pun aku tetap takkan lupa mendoakan kalian yang masih belum bertemu jodoh, semoga ditemukan jodoh yang baik-baik.

“Yang mana belum punya cahaya mata, semoga Allah beri peluang utk kalian merasa mengendong, melahirkan dan membesarkan zuriat sendiri.

“Yang mana memelihara anak angkat semoga kalian dilindungi Allah kerana sudi membesarkan dan berkongsi kasih dengan anak yang bukan dari rahim kalian..#familyhanania sentiasa ada doa untuk kalian,” katanya.

 

Fatin Nurain