Nana Kongsi Rahsia Peribadi Dalam ‘Life Goes On’

Menceburi industri seni sejak usia 15 tahun, penyanyi dan pelakon Siti Nordiana @ Nana berkongsi kisah hidupnya dalam buku berjudul Life Goes On.

Kata wanita berusia 34 tahun ini, pelbagai kisah suka dan duka sepanjang bergelar anak seni termasuklah kisah peribadi yang dikongsi menerusi buku tersebut.

“ Saya turut kongsi foto peribadi yang tidak pernah saya kongsi di laman sosial sebelum ini.

“Banyak foto lama masa saya susah dulu ketika menyanyi di funfair dan bersama arwah suami (Mohd. Faizal Yusup) ada dalam buku itu,” katanya.

Penyanyi ‘Paling Comel’ ini turut memberitahu dia mengambil masa dua tahun untuk menyiapkan buku berkenaan.

“ Apa yang saya ingin sampaikan adalah wanita di luar sana tidak boleh putus asa jika diuji kesusahan dalam kehidupan,” katanya yang pernah berdepan dengan saat getir dalam kehidupannya.

Sementara itu, Siti Nordiana berkata, dia mendapat reaksi positif daripada pembaca yang sudah membaca buku berkenaan.

 “Ada yang sudah beli dan mesej saya berkongsi kisah mereka pula. Ada yang minta pandangan dan mendapat manfaat daripada kisah saya itu,” ujarnya.

Buku Life Goes On terbitan Must Read itu akan dilancarkan di MPH pada Sabtu ini.

 

SGMS Faida