Ismail Izzani Tak Bayar Bil Hotel, Punca Fathia Latiff Bongkar Rahsia

Tak habis lagi isu panas yang pastinya tersenarai dalam gosip paling kontroversi 2018. Isu melibatkan penularan gambar penyanyi, Ismail Izzani dan Zarina Anjoulie baru-baru ini  melibatkan nama pelakon, Fathia Latiff. Namun, punca sebenar penularan gambar mesra tersebut masih menjadi tanda tanya. Betul ke?

Mengikut statement yang diberikan oleh Fathia, gambar tersebut dimuat naik semata-mata untuk menolong rakan baiknya sahaja, kerana Zarina memberitahu tujuan sebenar gambar tersebut dimuat naik adalah untuk mengingatkan Ismail agar membayar bil hotel bersama temannya sebelum ini.

Zarina meminta bantuan saya memuat naik foto itu kerana mahu mencari Ismail Izzani yaulis ng tidak membayar bil hotel bersama seorang temannya sebelum ini. Saya tidak menyangka akhirnya nama saya pula dikaitkan dengan Ismail. Jika anda mahukan penjelasan lebih terperinci mengenai foto mesra yang viral itu boleh menghubungi Zarina sendiri kerana dia boleh memberitahu perkara sebenar yang berlaku antaranya dan Ismail.” Katanya

Justeru itu, Fathia Latiff secara tidak langsung menjelaskan bahawa dirinya tidak mempunyai hubungan langsung  dengan penyanyi tersebut.

“Saya tidak berkawan mahupun bercinta dengan penyanyi, Ismail Izzani seperti digosipkan itu. Saya kenal Ismail pun hanya menerusi Zarina yang memang berkawan dengannya. Saya memang kawan baik dengan Zarina dan memuat naik foto terbabit di laman instagram kerana permintaan Zarina sendiri.” Tambahnya.

Salma Syahbuddin