Hiburan By: Padin August 25, 2023 @ 10:10am

Siti Nordiana Muncul Dengan Arah Cinta

Penyanyi Siti Nordiana muncul dengan single Arah Cinta hasil ciptaan sepenuhnya oleh Ikhwan Fatanna.

Diterbitkan oleh Seventeen Eleven Music, lagu bergenre pop balada itu adalah idea sepenuhnya oleh Ikhwan.

“Lagu Arah Cinta yang berkonsepkan pop balada dicipta sepenuhnya oleh Ikhwan Fatanna. Semuanya adalah idea Ikhwan yang dibuat berdasarkan kisah perhubungan yang boleh dikatakan sebagai toksik.

“Jadi, Ikhwan terjemahkan kisah itu dalam lagu ini dan saya cuba bayangkan perkara itu kerana di sekeliling saya juga terdapat kisah seperti ini. Dengan cara itu, saya dapat ‘feel’ untuk menyampaikan lagu ini,” kata wanita yang mesra disapa Nana ini.

Jika beberapa single sebelum ini Nana sendiri memilih untuk menghasilkan lagu dan liriknya, berbeza pula dengan single “Arah Cinta”.

Nana berkata, kekangan masa membuatkan dia menyerahkan sepenuhnya kerja penghasilan lagu kepada pihak syarikat rakaman dan komposer.

“Saya sebenarnya bekerjasama dengan komposer lain sebab memang tidak ada masa untuk buat lagu terbaru. Untuk buat lagu ini tak boleh buat dalam tempoh yang singkat untuk mendapatkan idea.

“Saya juga perlu cepat untuk keluar dengan karya baharu, jadi kalau nak tunggu idea sendiri itu memang akan ambil masa sedikit. Jadi, saya mempertaruhkan karya komposer lain sebagai single sendiri,” katanya.

Menurut Nana, dia perlu membuka ruang untuk bekerjasama dengan komposer-komposer lain termasuk Ikhwan agar lagu yang dihidangkan kepada pendengar pelbagai dan segar.

“Pada masa sama, saya mahu cuba pelbagai sentuhan untuk melihat bagaimana sambutannya. Lagu ciptaan saya sendiri sudah tentu akan dibuat juga tapi akan ambil masa lama untuk disiapkan. Jadi, disebabkan mahu cepat dalam urusan buat lagu, saya ambil keputusan untuk dapatkan khidmat komposer lain,” katanya.

Berkongsi lanjut mengenai Arah Cinta, Nana berkata lagu itu memberi cabaran tersendiri selain menguji vokalnya.

“Keunikan single kali ini, ia menguji vokal saya. Mungkin sudah lama orang tak mendengar saya nyanyi lagu yang ‘power ballad’. Jadi, dalam lagu Arah Cinta ini, Ikhwan letakkan dinamik dalam lagu. Dari bahagian ‘soft’ ke ‘strong’ tu agak mencabar juga,” katanya.

Single Arah Cinta terbitan Seventeen Eleven Music dilancarkan pada 4 Ogos lalu dan boleh distrim di semua pelantar muzik digital.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 28 Aug 2019

Pilih Gadis Biasa, Begini Rupanya Wajah Calon Menantu Presiden Indonesia

Kaesang juga dilaporkan sudah mengenali rapat keluarga teman wanitanya itu.

Hiburan Fri, 16 Aug 2019

Suami Tak Cari Lain? Ini Tips Nora Jaga Rumah Tangga

Tips berguna buat para isteri diakhir zaman ni. Suami? Jangan pernah lupa tanggungjawab juga okay!

Hiburan Sun, 4 Feb 2018

Selepas 6 Tahun Bercinta, Mikael Deaz Dedah Hubungan Dengan Ratu Cantik Dunia 2013.

“Saya tahu, pasti ramai yang akan terkejut apabila mengetahui usia hubungan cinta kami. Bukan sengaja merahsiakan tetapi saya kurang gemar berkongsi cerita peribadi,” kata Mikael Daez.

Featured Thu, 26 Aug 2021
Hiburan Thu, 25 Apr 2024
Hiburan Fri, 27 Oct 2023

Isu Langgar Kontrak, Amelia Henderson Tak Perlu Bayar RM200,000 Kepada A Aida

Mahkamah perintah Amelia bayar ganti rugi nominal RM10,000!

Acara Mon, 10 Apr 2023

Mira Filzah Tolak Dakwaan, Perniagaan Tudung Bukan Alasan ‘Back Up’ Kerjaya Seni

Wah! semua koleksi tudung Mira lawa-lawa. Rambang mata min😍😍😍

Hiburan Tue, 27 Nov 2018

Bella Hadid Buat Apa Tu?

OMG! Bellaaaaaaa Hadid uolssss…