SM Faisal Nasimuddin Dan Puteri Aisyah Intim?

Kalau dilihat baru-baru ini Pengerusi Eksekutif, Naza World Group of Companies, SM Faisal Nasimuddin telah memuat naik gambar beliau bersama bekas peserta pertandingan Dewi Remaja 2015/2016 ini melalui instagram beliau. Caption meluangkan masa bersama itu, nyata menarik perhatian netizen bahawa adakah betul pasangan ini sedang dilamun cinta dan sudah mula mahu menghebohkan tentang hubungan mereka.

Menerusi muat naik tersebut, kelihatan SM Faisal dan Puteri Aisyah memuat naik gambar dan video mereka keluar menonton wayang bersama. Sweet kan?

Namun, menurut Puteri Aisyah yang sebelum ini pernah diajukan soalan berkenaan status hubungan beliau bersama Pengerusi Eksekutif Naza ini, beliau sama sekali menafikannya dan berkata hubungan antara mereka tidak lebih daripada seorang kawan biasa. 

“Kami tidak ada hubungan istimewa tetapi saya selesas mengenali dirinya. Kami hanya berkawan dan tidak lebih daripada itu. Kami jarang berjumpa kerana saya sibuk dengan penggambaran drama manakala Faisal pula selalu bekerja di luar kawasan. Tidak ada apa nak disorokkan. Setiap gambar atau video yang dimuat naik hanya atas dasar kawan. Sebab itulah kami berani memuat naik gambar dan video keluar bersama.” Jelasnya

Betulkah ni Puteri Aisyah? Tapi dekat dalam video ni macam lain je?

 

Walaubagaimana pun, hubungan ini disambut baik oleh peminat dan followers masing-masing apabila rata-rata mereka mendoakan agar hubungan ini berjalan dengan baik seterusnya berakhir ke jinjang pelamin.

SM Faisal Nasimuddin sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga bersama Emilia Hanafi dan dikurniakan 3 orang cahaya mata hasil perkahwinan pertamanya itu.

 

Salma Syahbuddin