“Sorry Cap… Kalau Kolaborasi Dengan Dia, Aku Unfollow!- Ajak Aliff Syukri Duet, Netizen ‘Sound’ Caprice

Baru-baru ini, penyanyi rap Caprice meluahkan rasa teruja di atas kejayaan rakan baiknya yang juga penyanyi, Alyph apabila lagu terbaharunya berjudul Swipe diterima baik oleh peminat.

Malah, menerusi hantaran tersebut, Caprice dilihat berseloroh apabila mengajak usahawan selebriti, Datuk Aliff  Syukri untuk berkolaborasi dengannya.

“Tabik hormat buat @alyphland untuk kejayaan lagu terbaharunya berjudul Swipe.

“Dan yang keduanya, alang-alang jom lah @aliffsyukriterlajaklaris buat lagu. Tanpa sebarang sotong ah… Dan yang terakhir kali, kepada semua yang sedang mengalamai tekanan dan kemurungan, sentiasa cari seseorang untuk bercakap dengannya. Insya Allah. God Bless!,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Bagaimanapun, menerusi tinjauan XTRA di ruangan komen tersebut, rata-rata pengikut Caprice tampil memberikan pendapat mereka sehinggakan ada yang secara sarkastik mempersoalkan kenyataan penyanyi itu.

Bukan itu sahaja, terdapat dalam kalangan warganet  yang turut mempersoalkan perkembangan kes samannya membabitkan syarikat pemborong terkenal, Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN).

Terdahulu, Alyph mendedahkan dia pernah mengalami depresi sewaktu pandemik dan Caprice merupakan individu terawal yang menghulurkan bantuan kepadanya ketika diserang depresi.

“Caprice kawan baik saya dan orang pertama yang saya mesej ketika rasa ada ‘sesuatu’ tak kena dengan kesihatan mental adalah dirinya.

“Kami dah kenal lama. Dia ada beritahu apa patut saya buat (waktu itu) dan memberi jalan bagaimana untuk berdepan masalah tersebut (depresi).

“Saya sangat hormat dan hargai Caprice sebab tak kisahlah apa sahaja yang sedang berlaku, dia sentiasa akan angkat panggilan telefon saya,” katanya.

 

Salma Syahbuddin