“Sold Out Within 24 Hours!” – Ticket Konsert Lah Ahmad Bagai Pisang Goreng Panas

Tiket konsert 25 Years Lah Ahmad Live In Concert yang akan diadakan di Stage 1 Theatre, PJPAC 1 Utama, Petaling Jaya pada 28 Januari habis dijual dalam tempoh kurang 24 jam.

Berita gembira itu dikongsikan oleh penyanyi Lah Ahmad di laman Instagram, hari ini.

“Alhamdulillah. Sold Out! Within 24 hours. Syukur Alhamdulillah! 28 Jan 2023. Terima kasih semua yang dah beli tiket semalam dan hari ini. Insya-Allah kita jumpa di sana nanti,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Dalam masa sama, Lah turut memberitahu kepada peminat yang tidak berjaya mendapatkan tiket konsertnya itu untuk tidak bersedih.

“Pada yang tak dapat membeli tiket konsert jangan bersedih Insya-Allah ada rezeki lain kali.

Tiket konsert Lah dijual bermula harga RM190 hingga RM330.

Untuk info, sebanyak 20 buah lagu akan dipermainkan sepanjang karier beliau, dari lagu-lagu lamanya dan juga lagu baru dari albumnya.

Konsert pertamanya ini turut akan menampilkan dan meraikan album keempatnya yang berjudul ‘Jatuh’.

Dharnieya Nur Amelsa