Categories: HiburanSelebriti

Sporting Habis Ayah Yuna, Cayalah!

Meriah betul majlis resepsi perkahwinan Yuna dan Adam yang berlangsung di  Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam semalam.
Lebih menarik lagi, bapa Yuna, Datuk Indera Mat Zara’ai Alias ada membuat kejutan! Wah, sporting habis Datuk!
Beliau ‘menghadiahkan’ dua buah lagu, Corazon Espinado yang dipopularkan Santana dan Perfect oleh Ed Sheeran khusus untuk anak kesayangannya itu. Untungnya Yuna… hehe
Dalam masa sama, Yuna tampil anggun dengan busana pengantin Perak rona putih gading rekaan Hatta Dolmat.
Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Mat Zara’ai, 31, sah menjadi isteri kepada pengarah video, Adam Yousof Sinclair, 33, yang juga adik pelakon, Ashraf Sinclair, di Puncak Rimba, Bukit Tinggi, Bentong.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Crush itu berkenalan dengan suaminya ketika menjayakan projek iklan pada awal 2013.
Hubungan mereka mulai rapat pada 2015 dan keluarga Adam merisik Yuna pada 27 Mac lalu sebelum menjalin pertunangan 5 Ogos tahun lalu.
Sumber : BH Online
SGMS Enal