Categories: Acara

Jom Meriahkan Gegaria Johor Bahru

Hujung minggu ini jika anda masih tidak punya sebarang rencana, apa kata singgah ke Festival Gegaria yang bakal berlangsung di Plaza Angsana, Johor Bahru pada 3 Februari ini. Festival ini diadakan bertujuan untuk mewujudkan ruang dan peluang kepada masyarakat untuk berhubung, berkongsi dan memberi inspirasi. Terutamanya buat warga milenia negara, Festival Gegaria ini bertujuan untuk menyatukan golongan belia yang sentiasa dihargai dan memberikan mereka sebuah platform untuk mengekspresikan diri.

Festival Gegaria ini terbahagi kepada lima zon utama iaitu Zon Makan-Makan #Gegaria, Zon Throwback Tunnel #Gegaria, Zon Gaya Hidup #Gegaria, Zon Komuniti #Gegaria, dan Zon Hiburan #Gegaria. Istimewa daripada Media Prima Digital, Zon Makan-Makan #Gegaria dan Zon Gaya Hidup #Gegaria bakal dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik yang sukar dilepaskan.

Zon Makan-Makan #Gegaria menawarkan pelbagai Food Truck, makanan segera, makanan tradisional, serta demo masakan. Manakala Zon Gaya Hidup #Gegaria (#Gegaria Lifestyle) memberi peluang kepada pengunjung untuk mempelajari tips-tips menarik media sosial, fesyen dan stail serta perkembangan artis terkini.

Selain itu, pengunjung juga boleh mengikuti aktiviti zumba bersama juralatih kecergasan di mana 3 utas jam tangan Suunto bakal dimenangi untuk mereka yang bertuah! Bagi mereka yang berminat untuk join aktiviti zumba di Gegaria Fest Johor Bahru boleh mendaftar di https://goo.gl/forms/JVn6durkzvrwOmyM2. Untuk maklumat lanjut tentang Aplikasi Mudah Alih, WANITA, jangan lupa singgah di zon ini.


Sumber : Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di :

GooglePlay: bit.ly/WanitaAndroid

AppStore: bit.ly/WanitaApple

Ad Ops