Hiburan By: Khairil Khusyairi June 21, 2023 @ 3:51pm

Suami Arwah Rohana Jalil Mahu Ambil Tindakan Ke Atas Pihak Yang Cuai Buat Pembedahan

Suami kepada Allahyarham penyanyi Rohana Jalil memaklumkan dia tidak menolak kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang didakwa cuai melakukan pembedahan bariatrik sehingga menyebabkan kematian isterinya.

Menurut laporan mStar, suami Rohana iaitu Jahangir Khan berkata pihaknya perlu meneliti segala aspek terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan bagi menuntut keadilan.

“Kalau ikutkan hati memang nak ambil tindakan tetapi buat masa sekarang ini masih belum tahu lagi sebab perlu berbincang dari banyak sudut.

“Kami pun perlu mencari individu yang pakar dalam bidang berkenaan. Kita ikut langkah demi langkah,” katanya.

Pada malam Selasa, penyanyi popular era 80-an itu telah menghembuskan nafas terakhir akibat kebocoran usus di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selangor, kira-kira pukul 11.33 malam.

Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ21, Subang Jaya, pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi Rohana Jalil Meninggal Dunia

ARTIKEL BERKAITAN: “Doktor Maklum Jantung Rohana Jalil Boleh Berhenti Bila-Bila Masa” – Pengurus

Dalam pada itu, Jahangir turut meluahkan rasa kesal namun tetap reda dengen pemergian isteri tercinta.

“Nak rasa ralat pun dah tak guna. Perkara sudah terjadi. Ini adalah takdir dari Allah.

“Saya bagaikan masih boleh dengar suara dan gelak tawanya. Lebih 40 tahun hidup bersama, jarang berlaku masalah besar. Kami hidup bahagia dan dia adalah seorang isteri yang baik.

“Terlalu banyak kenangan manis bersama arwah untuk saya ceritakan,” kongsinya.

Pada Isnin, pengurus Rohana iaitu Suzie atau dikenali Jepun turut berkongsi punca sebenar masalah yang dialami Rohana disebabkan pernah menjalani pembedahan bariatrik dua tahun lalu bagi merawat gastrik.

Pembedahan tersebut dibuat atas khidmat nasihat daripada doktor namun keadaan semakin rumit apabila ia memberi kesan kepada usus.

April lalu, Rohana dilaporkan kritikal dan dimasukkan ke ICU akibat kebocoran pada usus perut. Perkara tersebut disahkan oleh anaknya yang juga seorang pelakon, Kilafairy.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 8 May 2023
Drama Thu, 17 Nov 2022
Hiburan Mon, 22 Jan 2018

SALAH KE CHE TA PEGANG MIC?

Saya betul- betul nervous bila fikir nak menyanyi

Featured Wed, 14 Dec 2022
Hiburan Fri, 29 Nov 2019

Nabil Mahir Mengakui Dilamun Cinta

Tak lama lagi makan nasi minyak lah kita!

Hiburan Wed, 29 Mar 2023
Featured Thu, 3 Nov 2022

“Sold Out Within 24 Hours!” – Ticket Konsert Lah Ahmad Bagai Pisang Goreng Panas

Tiket konsert 25 Years Lah Ahmad Live In Concert yang akan diadakan di Stage 1 Theatre, PJPAC 1 Utama, Petaling Jaya pada 28 Januari habis dijual dalam tempoh kurang 24 jam. Berita gembira itu dikongsikan […]

Featured Mon, 6 Mar 2023