Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 11, 2023 @ 7:40pm

“Suami Penguat Dan Semangat Saya Untuk Berubah Ke Arah Kebaikan” – Noorkhiriah

Pelakon Noorkhiriah menyifatkan suaminya adalah sumber kekuatan dan semangatnya untuk berubah.

Menurut Noorkhiriah atau nama lengkapnya Noorkhiriah Ahmad Shapie, 44, dia bersyukur dikurniakan seorang suami yang mampu mebimbing dirinya untuk menjadi insan yang lebih baik.

“Untuk berubah ke arah kebaikan inilah penguat dan semangat saya..berat tanggungjawabnya.

“Jarang membantah apa yang baik asalkan kerja rumah siap, pastu silakan jika nak ke majlis ilmu. Saya perlukan majlis ilmu kalau tak tepu dik.

“Isteri cerminan suami..apakan daya isterinya masih huru-hara maka Allah hantarkan Imam ini buat saya memperbetulkan jalan yang masih simpang siur kadang jalan mati.

“Didiklah saya sebab bahu awak yang akan memikul akan tiap langkah. Saya bukan orang baik tapi Insya-Allah di tangan awak Pa, saya berubah menjadi baik izin Allah. Terima kasih Cik Suami,” tulisnya di Instagram (IG).

Dalam pada itu, pelakon drama rantaian popular Nur ini turut menyatakan setiap rumah tangga yang dibina pasti ada perubahan dan harus saling menerima satu sama lain.

“Tak letak gambar langsung nanti orang cakap tak ada suami ke, dah letak orang cakap saya dan suami macam anak dan ayah.

“Inilah kehidupan dik..semua berubah..selepas 17 tahun bersama maka terimalah pasangan kita seadanya.

“Saya pun bukan elok mana..chill okey..tak nak berubah moh kahwin dengan patung,” tutupnya.

Noorkhiriah

Untuk rekod, Noorkhiriah dan suaminya, Azfaizul Ahtan mendirikan rumah tangga pada 2006 dan memiliki dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Hudhaifah dan Muhammad Yusoff.

ARTIKEL BERKAITAN: Noorkhiriah Akui Bukan Senang Kekal Istiqamah – “Saya Pun Masih Haru-Biru, Fizikal & Mental Kena Strong”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Noorkhiriah Teruja Jumpa Lisa Surihani, Peminat Pula Kagum Tengok Penampilan Sopan – “Penghijrahan Yang Baik Untuk Kedua-Duanya”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “No Bulu Mata, No Ketat-Ketat” – Penampilan Noorkhiriah Terima Anugerah Dipuji, Suami Yang ‘Approve’

ARTIKEL BERKAITAN: Noorkhiriah Kagum Suami Sukarela Kutip Sampah Di Stadium Lepas Tengok Bola – “Semoga Allah Balas Kebaikan Awak”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Pecah Perut! Babak Fizz Fairuz Tersembur Air Dekat Noorkhiriah Buat Netizen Terhibur

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Thu, 2 Feb 2023
Hiburan Mon, 18 Sep 2023

“Kalau Ada Jodoh, Adalah…” – Puteri Sarah Liyana

Haa Sarah kata kalau ada jodoh, adalah ye…

Featured Thu, 26 Feb 2026

“Kita Tidur Bersama Dan Ini Pelukan Terakhir Untukmu” – Muat Naik Foto Bersama Arwah Andre Mikhail, Amyza Aznan Undang Sebak

Pelakon dan pelawak, Amyza Aznan mengundang sebak apabila berkongsi foto memperlihatkan dia memeluk jenazah anaknya, Allahyarham Andre Mikhail yang menghembuskan nafas terkahirnya pada Isnin lalu.

Featured Mon, 6 Dec 2021

Jeongyeon TWICE Mendedahkan Agensi Tolak Tawaran Untuk Dirinya Berlakon

Selain berkebolehan menari dan melakukan persembahan di atas pentas, peminat kumpulan K-Pop popular TWICE juga pastinya teringin melihat ahli kumpulan itu berlakon dalam drama. Namun, harapan mereka untuk melihat lakonan ahli kumpulan TWICE mungkin tidak […]

LIFESTYLE Mon, 7 Jan 2019

5 Kelebihan Bunga Kenanga Yang Berbau Wangi

mempunyai bau yang sangat wangi dan berbentuk seperti tapak sulaiman ada khasiat dan kebaikannya tersendiri

Featured Thu, 23 Feb 2023
Hiburan Thu, 13 Jun 2019

Terima Kasih, Lee Chong Wei!

Selepas 19 tahun bergiat aktif dalam sukan badminton negara, jaguh badminton Datuk Lee Chong Wei mengumumkan persaraannya, sebentar tadi.

error: Content is protected !!