Suami Puji Sophia AlBarakbah Manja, Wawa Zainal Akui Tak Cemburu – “Normal Ke Tak Rasa Apa-Apa?”

Sebelum ini, suami kepada pelakon Wawa Zainal, Aeril Zafrel mengeluarkan kenyataan bahawa Sophia AlBarakbah merupakan seorang wanita yang manja dan lembut ketika berbicara.

Susulan itu, Wawa Zainal pula tampil memberi penjelasan mengenai kenyataan suaminya itu.

Kata Wawa, dia dihujani dengan soalan daripada orang ramai yang bertanyakan adakah dia tidak marah atau terasa dengan pujian suaminya kepada perempuan lain.

“About statement Aeril memuji perempuan lain manjahhh tu I okay je. Dia described kawan dia macam mana kan.

“Okay je so stop tanya saya tak marah ke? Tak terasa ke? Hosnestly, I mula-mula tengok video tu I okay je,” jelas Wawa.

Namun begitu, Wawa menyatakan bahawa dia berasa dirinya tidak normal apabila diasak warganet dengan soalan sebegitu.

“Tapi bila ramai sangat netizen buat spekulasi bini dia okay ke? Aku kalau laki aku puji perempuan lain and so on…

“I terus rasa aah eh normal ke aku tak rasa apa-apa tadi ek? So I buat-buat merajuk la kejap! Hahahaha,” kongsinya lagi.

Artikel Berkaitan: “Kalau Orang Senang Terasa Akan Mudah Jatuh Hati,” – Aeril Zafrel Puji Sifat Sophia Albarakbah Manja & ‘Soft Spoken’

Artikel Berkaitan: Aeril Zafrel Puji Sophia Albarakah Manja, Ini Reaksi Wawa Zainal

Atiqah Johari