Impian Jadi Kenyataan! Bakal Buka Kedai Kopi, Netizen Bangga Dengan Pencapaian Intan Najuwa

Pelakon Intan Najuwa mengumumkan dia bakal membuka kedai kopi tidak lama lagi.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, dia merupakan seorang penggemar kopi dan sudah menjadi impiannya untuk membuka kedainya sendiri.

Di dalam hantaran tersebut, Intan sedang berbincang tentang pemilihan warna cat dan meninjau lokasi kedai.

Namun, lokasi kedai itu masih belum diketahui.

“Ia seperti mimpi yang menjadi kenyataan untuk memiliki kedai kopi saya sendiri.

“Awak semua tahu saya penggemar kopi dan saya teruja nak umumkan permulaan pengembaraan baru saya ini.

“Tinggal sikit saja lagi, jom! Tak sabar,” ujarnya di kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis seperti Dayana Roza, Julia Farhana, Sharifah Shahora turut mengucapkan tahniah dan tidak sabar untuk berkunjung ke kedai kopi miliknya.

Malah, mereka juga terinspirasi untuk berkebolehan seperti Intan.

“Congrats! Semoga dimurahkan rezeki.

“Aaa tak sabar nak pergi cafe Intan sebab I’m a coffee lover too.

“Admire you so much Intan,” komen netizen.

Maya Basir