“Hope You Bersabar Dengan Dugaan” – Zarina Anjoulie Kongsi Perbualan Whatsapp Bersama Zoey Rahman

Selepas timbul dakwaan yang menyatakan hubungan pertunangannya bersama Datuk Seri Khazrul Ezley sudah terlerai, setiap perkongsian yang telah dimuat naik oleh pelakon Zarina Anjoulie mula menjadi perhatian warganet.

Terdahulu, aktres yang lebih mesra disapa sebagai Anju bersama tunangnya, Elzey memberi gambaran bahawa mereka berdua sedang patah hati sekali gus mencetuskan tanya dalam kalangan peminatnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Broken Tapi Masih Bertahan” – Tampil Seksi, Zarina Anjoulie Dah Putus Tunang?

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak Sebaik Yang Mama Impikan” – Hanya Mahu Teruskan Persahabatan, Zarina Anjoulie & Khazrul Putus Tunang?

Malah, Anju sempat meminta maaf kepada semua pihak dan memohon ruang untuk sembuh dari rasa kecewanya dengan tenang.

“Anju minta maaf kepada semua pihak ya. Saya minta maaf saya tak cukup sempurna.. Saya masih struggle untuk berubah slow-slow.

“Satu hari ada yang boleh terima saya seadanya dengan ikhlas… Let me heal in peace ya, I love you guys so much,” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Beri ‘Hint’ Telah Putus Tunang, Netizen Minta Khazrul Pujuk Semula Zarina Anjoulie – “Di Dunia Tak Ada Yang Sempurna”

ARTIKEL BERKAITAN: “Satu Hari Akan Ada Yang Boleh Terima Saya Seadanya Dengan Ikhlas…” – Masih ‘Struggle’ Untuk Berubah, Zarina Anjoulie Mohon Beri Ruang

Terbaharu, Anju telah memuat naik tangkap layar perbualannya bersama pelakon Zoey Rahman yang telah memberikan kata-kata semangat kepada aktres itu di TikTok Story.

“Hi Anju, hope you bersabar dengan dugaan. Insyallah (Insha Allah) one day you dapat cari yang lebih baik lagi,” kata Zoey.

Menerusi perkongsian tersebut, Anju telah membalas mesej tersebut dengan mengucapkan terima kasih serta meluahkan rasa terharunya kerana Zoey masih mengingatinya.

Bagaimanapun, Anju telah memadam perkongsian tersebut selepas beberapa jam dikongsikan menerusi platform itu.

Fatin Nurain