“Suara Bagus Tapi Tak Ada Pakej Lengkap” – Hazama Cari Bakat Muda

Penyanyi rock Hazama mengakui ada pelapis baharu yang ingin mewarnai dunia nyanyian mempunyai vokal bagus tetapi tidak mempunyai pakej yang lengkap.

Bakal tampil menjadi juri menerusi program pencarian bakat baharu atas talian, COF LOCKSTAR, Hazama mahu bakat muda yang mempunyai ciri-ciri seorang penghibur.

“Saya mencari orang yang tidak ada lagi dalam industri. Bukan hanya terletak kepada vokal sahaja. Tetapi mempunyai pakej yang cukup lengkap dari segi nyanyian dan rupa.

“Ada mereka yang mempunyai suara bagus tetapi tidak mempunyai pakej yang lengkap. Mereka juga perlu mempunyai gaya tersendiri atau ‘originality’ sebagai penyanyi,” katanya.

COF LOCKSTAR mencari penyanyi dalam pelbagai genre untuk tampil sebagai bintang baru dalam industri muzik tanah air.

Selain Hazama, program yang bakal membawa kelainan kepada para penonton ini turut menampilkan Tomok, Black dan Akim Ahmad selaku juri profesional.

“Tugas kami adalah menilai bakat-bakat muda yang ada dan memberi nilai tambah dalam rancangan ini,” jelas Hazama.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”