Sufi Rashid Teruja Tahun ini Tidak Bujang

Penyanyi Sufi Rashid berasa teruja kerana tahun ini merupakan tahun terakhir beraya berstatus bujang.

Kata Sufi selepas beraya dia akan berehat sebentar untuk menyelesaikan segala persiapan majlis perkahwinan. 

“Saya rasa tahun ini adalah tahun terakhir saya beraya berstatus bujang.

“Insha-Allah tahun depan saya akan beraya bersama seorang isteri.

“Selepas raya saya akan berehat daripada bekerja sehingga majlis perkahwinan.

“Saya ingin menyelesaikan segala persiapan yang belum selesai,” katanya kepada HLive.

Tambah penyanyi berasal dari Singapura menyatakan ini merupakan kali kedua beraya di kampungnya, Gemas Negeri Sembilan.

“Ini merupakan tahun kedua saya akan beraya di kampung. 

“Di Singapura kami tidak dibenarkan untuk bermain mercun. Jadi tahun ini saya akan bermain sepuas hati,” katanya sambil berseloroh.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Oleh: Zulaikha Yusof

Sumber: Gempak

SGMS Enal