Categories: HiburanSelebriti

Sufian Suhaimi Dah Bersedia Ke?

Penyanyi Sufian Suhami yang dikatakan bakal mengakhiri zaman bujangnya pada bulan Mac ini, bersama pelakon Elfira Loy, masih lagi menjadi tanda tanya kerana mereka masih tidak mempunyai tarikh dan masing-masing pula sibuk dengan urusan kerjaya.

Bagaimanapun, Sufian Suhami berkata sebagai seorang individu dia telah pun bersedia sepenuhnya untuk bergelar seorang suami buat tunangannya, Elfira Loy.

“Sebagai individu saya sudah bersedia, sebab perkahwinan ini bukan hanya melibatkan saya dan tunang (Elfira Loy) sahaja, tetapi melibatkan kedua-dua belah pihak”

“Jadi kita tak boleh nak membelakangi kedua-dua ibu bapa kita dan saya hormati perkara itu. Disebabkan itu sebagai individu, saya cakap saya sudah bersedia,” 

SGMS Enal