Sufian Suhaimi ‘Merajuk’ Sampai Ke Jakarta?

Wah…Bakat penyanyi Sufian Suhaimi bakal menjengah ke pasaran Indonesia, tak lama lagi! 

Difahamkan, lagu Dimatamu sudah diputarkan di radio Indonesia dan Sufian sendiri berdebar menanti respon daripada pendengar di sana.

“ Saya akan bertolak ke Indonesia pada hari ini (24 Oktober). Dah lama sebenarnya saya suarakan hasrat nak melebarkan karier di sana. Saya mahu keluar dari zon selesa.

“ Di sana, saya akan sibuk untuk dua kerja iaitu promosi Di Matamy dan saya juga bakal hasilkan lagu duet bersama kumpulan duet baru iaitu Syima. Segala karier seni diuruskan oleh Muzika Muzik, sebuah label yang mengurus penyanyi Geisha dan Noah. Doakan semuanya lancar ya,” katanya kepada xtra.com.

Tambah Sufian, jangan salah faham, dia bukan lari dari dunia seni Malaysia kerana kaitan dengan benda lalu.

“ Saya rasa perlu keluar dari Malaysia buat sementara waktu ini. Bukan larikan diri tapi nak rasai suasana yang berbeza.

” Sebab akhir-akhir ini, saya agak terkesan apabila orang masih mengaitkan saya dengan orang yang pernah ada kaitan tapi benda itu dah berlalu,” katanya ketika sidang media Anugerah Bintang Popular Berita Harian 31 (ABPBH31) di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Sabtu.

SGMS Faida