Categories: Eat Travel

Kedai Ini Beri Pizza Percuma Kepada Wanita Hamil Setiap Hari Rabu. Bagusnya!

Beruntung sungguh bagi wanita hamil yang berada di sekitar Jerantut, Pahang! Mana tidaknya, sebuah kedai menjual pizza di sana telah menawarkan pizza percuma istimewa untuk wanita hamil. 

‘Anak Dol Pizza’ antara kedai menjual pizza yang kian popular di Jerantut, Pahang. Baru-baru ini telah viral di media sosial apabila dia memberikan pizza percuma untuk wanita hamil pada setiap hari Rabu. Dengar cerita, kaum lelaki pun ada yang kata dirinya hamil semata nak dapat pizza free. Kelakar betul!

Foto: Facebook Khairul Afnan

Pemiliknya, Nor Rosidah Osman, menyatakan dia tidak menyangka kedainya menjadi perhatian umum kerana pemberian pizza percuma yang sudah dilakukan sejak bulan April lalu.

“Pemberian pizza percuma kepada wanita mengandung itu sebenarnya sudah lama kami buat. Cuma disebabkan satu posting yang dimuat naik salah seorang pelanggan kami, ramai pula yang ‘share’ dan ianya menjadi tular di Facebook. Sebelum ini dah banyak kali saya post tetapi tidak pernah viral,” katanya kepada mStar Online.

Foto: Facebook Alias Congo Rafi

Kalau anda nak tahu, idea pizza percuma kepada ibu hamil ini timbul apabila Rosidah sendiri pernah mengalami situasi di mana dia mengidam untuk menikmati hidangan itu semasa hamil anak ketiga.

Bagus sungguh idea Rosidah ini kan? Semoga niat murni ini akan memajukan lagi perniagaan Rosidah. Bagi anda yang nak rasa kesedapan pizza yang dijual, boleh ‘survey-survey’ di Facebook mereka. Ataupun waze saja ke Anak Dol Pizza. Dengar cerita sedap ‘gila’! 

Sumber: mStar

tex_admin