Sufian Suhaimi Rakam Semula Lagu Di Matamu?

Mungkinkah lagu Di Matamu bakal mengulangi kejayaan di Indonesia sebagaimana lagu itu berjaya di sini? 

Penyanyi Sufian Suhaimi berdebar menanti reaksi pendengar di sana tak lama lagi. Apa tidaknya, lagu Di Matamu bakal dirakam dalam Bahasa Indonesia pula selepas ini.

Lebih menarik, Sufian tidak keseorangan menyanyikan lagu ‘berhantu’ itu.

“ Saya akan masuk studio dan merakamkan Di Matamu bersama kumpulan Shima. Pada mulanya, saya idak tahu lagu mana yang nak dirakamkan bersama kumpulan terbabit. 

“ Saya hanya terfikir hendak merakamkan lagu mereka yang berjudul Berteman Saja, secara duet. Menariknya, susunan muziknya juga lebih baharu dan aura Indonesia,” katanya.

Calon kategori Penyanyi Lelaki Popular 31 Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH 31) itu berada di Jakarta selama seminggu untuk beberapa aktiviti promosi Di Matamu termasuklah rakaman duet single Berteman Saja bersama kumpulan Shima.

Sufian juga kini sibuk memenuhi undangan sesi fotografi bersama pihak media di sana termasuklah ke beberapa stesen radio serta televisyen. Terbaiklah Sufian, semoga karier kamu terus cemerlang di sana!

*Jangan lupa tonton persembahan Sufian Suhaimi di malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke 31 pada 7 Oktober depan.

SGMS Faida