Eh…Macam Neelofa Tapi Bukan. Siapa Wanita Cantik Ini?

Cuba anda tenung si Ratu Cantik Filipina ini, wajahnya saling tak tumpah macam pengacara Neelofa kan?

Pemilik nama Kylie Fausto Verzosa berumur 26 tahun ini mula menjadi sebutan netizen Malaysia sejak dua hari lalu apabila dikatakan mirip dengan pengacara terkenal itu.

Difahamkan, Kylie yang juga merupakan seorang pelakon dan jurucakap kempen kesedaran masalah mental untuk World Health Organization (WHO).

Wanita yang dilahirkan di Baguio City ini juga pernah mengajar di sebuah tadika sebelum ini.

Sosok wajah Kylie juga bukan saja disamakan dengan Neelofa malah senyuman dan bentuk muka dikatakan mirip pelakon Fazura.

Menariknya, Kylie mempunyai tahi lalat di bahagian muka sama seperti Neelofa. Sama tak?


Setakat ini, Kylie memiliki 1.1 juta pengikut di laman Instagram. Pendek kata, memang cantiklah orangnya. Sekali pandang macam Neelofa, dua kali pandang macam Fazura pula, eh mana satu ni?

SGMS Faida