Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi October 23, 2022 @ 6:30pm

“Suka Hatilah Nak Cakap Apa” – Zarina Zainuddin Sedih Dituduh Gunakan Anak Sebagai Content

Pelakon Zarina Zainuddin tersinggung dengan individu yang melabel anak istimewa beliau dengan perkataan ‘gila’ di laman Wikipedia, baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Syurga Zarina Zainuddin Dicop Gila Di Wikipedia! Netizen Label Pelaku Busuk Hati & Minta Buat Laporan

Tampil mengulas perkara terbabit, Zarina berkata dia tidak mahu berfikir lagi mengenai isu tersebut malah mengatakan setiap ibu pasti berasa terkilan dan sedih sekiranya anak dijadikan bahan kutukan.

“Benda itu dah berlaku, orang yang membuat itu pun kurang akal. Tak payah pikir sangat nanti jiwa saya rosak pulak, as long saya jaga anak saya elok-elok

“So Azal tak perlu dengar apa orang nak cakap , yang penting Azal tahu siapa diri Azal cukup, dah ada kerja, duit, kenapa orang sanggup buat macam ni dekat Azal.

“Saya ni ibu, saya rasa mana-mana ibu bila cakap fasal anak, kita kalah. Janganlah kacau anak aku, dia tak ada salah tak ada dosa, kalau anda nak marah, marah aku, bukan anak aku,” tegasnya.

Bercakap mengenai perkongsian di media sosial, ada juga netizen yang menuduh perkongsian aktres ini mengenai anak-anaknya hanyalah untuk content semata-mata, namun Zarina berkata perkongsian tersebut berguna bagi sesetengah individu.

“Suka hati nak cakap apa, kalau rasa itu content, content-lah.

“Tapi bagi saya, ramai antara pengikut saya tahu bagaimana saya. Sebenarnya saya bukan duduk diam sahaja, saya jenis yang bekerja, bukan orang sombong atau tak terima kenyataan.

“Kalau saya post tu maknanya ada benda yang saya nak sampaikan, mungkin perkongsian itu ada gunanya kepada mereka yang mungkin ada pengalaman yang sama berkaitan anak autisme.

“Mereka tak tahu, esok kalau kena kat anak mereka, baru mereka tahu. Mungkin Allah tak uji kau dengan anak autisme tetapi Allah uji kau dengan benda lain yang lagi berat yang kau sendiri tak boleh terima keadaan itu.

“Masa tu baru kau tahu macam mana aku rasa, kadang-kadang orang sedap je bercakap, kau tak rasa dapat anak autisme, bukan anak austime tapi benda lain akan dapat nanti.

“Tuhan tu bagi ujian lain-lain tau, bukan sama, kalau kena penyakit yang lebih teruk, baru kau tahu nanti,” jelas Zarina.

Disoal mengenai kekuatan itu menjaga anak istimewa ini, Zarina memberitahu semuanya datang dari anak-anak dan Maha Esa.

“Sebenarnya, anak-anak yang beri kita kekuatan, anak ini anak syurga. Dia akan bimbing kita dan tarik tangan kita ke syurga.

“Kekuatan tu Allah bagi, tapi Azal dah maafkan orang tu, Azal pun dah lupakan,” ujarnya.

Sumber: Melodi TV3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 21 Apr 2019

Jay Park Umum Bersara?

OMG, biar betul?

Featured Tue, 17 Dec 2019

Selamat datang 2020, 5 azam buat wanita kekal bahagia!

Mulakan azam dengan memperbaiki diri

Hiburan Mon, 16 Oct 2023
LIFESTYLE Wed, 19 Dec 2018
Trending Thu, 11 Jul 2019

Undang-Undang Baharu Kawal Penggunaan Vape & Rokok Elektronik

Bakal bermesyuarat dalam masa terdekat untuk mencari kaedah terbaik mengawal penggunaan vape, sisha dan juga rokok.

Featured Thu, 8 Jun 2023
Hiburan Tue, 2 Apr 2024
Featured Tue, 14 Jun 2022
Featured Mon, 9 Mar 2026

Dihina Busuk & Sengau, Intan Maya Menangis 2 Mingggu Gara-Gara Dikecam Netizen

Kata Intan dia tidak menyangka akan menerima kecaman sedemikian, namun memilih untuk melihat perkara itu dari sudut positif.

error: Content is protected !!