Categories: HiburanSelebriti

SYABAS! Helmi Gimmick Terima Anugerah Doktor Kehormat

Hampir 30 tahun mengharungi onak duri dalam bidang seni, Helmi Gimmick telah dianugerahkan Doktor Kehormat Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Sabi, Perancis.

Menurut pengacara dan pelawak terkenal sekitar 90-an ini, beliau terharu dengan pengiktirafan yang diberi.

” Saya rasa sangat berbaloi dengan penglibatan saya dalam seni hampir 30 tahun. Apa yang saya belajar, jangan pernah berhenti berusaha dalam mengejar cita-cita. Sentiasa bersungguh-sungguh dalam apa jua bidang yang anda ceburi,” katanya kepada XTRA.

Selain bergelar penghibur, beliau turut berkhidmat sebagai fasilitator Komunikasi Awam (Public Speaking) di beberapa universiti tempatan.

Helmi Gimmick atau nama sebenarnya Helmi Harun memaklumkan, beliau bermula sebagai penghibur di hotel di awal penglibatannya di dalam bidang seni.

” Selepas mengasah potensi diri di dalam bidang seni, saya beroleh kepelbagaian kemahiran sampingan. Akhirnya berjaya menjana pendapatan yang amat memberangsangkan,” katanya bersemangat. 

Sementara itu, lelaki berusia 58 tahun ini memaklumkan biarpun jarang tampil di kaca TV atau dada akhbar, beliau masih lagi aktif mengacara dan menghibur tetamu di majlis keramaian dan korporat.

 

SGMS Enal