Categories: Oh Lawa

Pelajari teknik menggosok kain linen tanpa perlu menghantarnya ke dobi

Kain linen adalah sejenis kain yang diperbuat daripada bahan semula jadi berupa serat tumbuhan rami yang disebut sebagai falax dalam bahasa Inggeris dan usitatissimum dalam bahasa Latin. 

Sejarah mencatatkan bahawa fabrik linen sudah wujud semenjak 6,000 tahun yang lalu di Mesir. Bahkan pada masa itu, linen dijadikan bahan pembalut mumia. 

Memandangkan linen diperbuat daripada bahan semula jadi, ada banyak kebaikan apabila memakai kain linen. 

Antaranya, linen ialah fabrik yang kuat dan tahan lama. Bersifat antibakteria dan antikulat, ia juga nyaman dan ringan dipakai.

Foto: Poetry Fashion

Kelebihan lain, linen mudah dikeringkan selain menyerap peluh. 

Namun begitu, tidak ramai wanita suka unuk menggayakan fabrik ini kerana ia mudah kedut, renyuk dan sukar digosok. 

Bagaimanapun, fabrik linen boleh membuatkan si pemakai kelihatan elegan dan classy jika kena gaya suai padannya. 

Foto: Garnet Hill

Di sini kami kongsikan cara yang mudah untuk menghilangkan kedutan menggunakan seterika biasa tanpa menggunakan stim ataupun semburan air.

1. Ambil linen berkedut dan letakkan di papan seterika anda.

2. Basahkan baju kemeja-T lama atau kapas dengan air paip.Pastikan ianya masih lembap dan tidak menitik. Perah jika ia masih menitik.

3. Letakkan kemeja-T basah itu di atas linen anda.

Foto: Freckled Laundry

4. Gunakan tuala kapas lembut seperti tuala tangan, bukan kain terry.

5. Pastikan seterika diletakkan di atas kain kapas (cotton) pada haba tertinggi.

6. Ia berfungsi lebih baik jika anda hanya menyeterika di atas satu lapisan kapas.

7. Lalukan seterika di atas kain kapas perlahan-lahan. Apabila anda selesai, keluarkan tuala kapas atau kemeja-T.

8. Lihat hasilnya. Selepas diseterika semua kedutan hilang

Selamat mencuba!

 

Sumber: Nona

 

Yanie Baharom