Syada Amzah Perjelas Ibu Ke Mahkamah Bukan Untuk Fail Cerai, Kunci Mulut Tujuan Sebenar

Penyanyi Syada Amzah menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa ibunya, Datin Fauziah Sarman telah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi pada 3 April lalu bagi memfailkan cerai terhadap suaminya, Datuk ND Lala.

Adik kepada penyanyi Shila Amzah itu berkata tujuan ibunya ke mahkamah bukanlah untuk berbuat demikian.

Malah, memohon kepada semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi sebaliknya memberi ruang kepada keluarganya.

“Tidak semestinya apa yang orang sangkakan itu benar. Kehadiran ibu saya ketika itu bukan bertujuan untuk memfailkan perceraian. Malah, saya sendiri sudah melihat surat yang dibawa pulang oleh ibu.

“Kes ini masih belum selesai, seperti saya katakan beri ruang kepada kami untuk mencari solusi bagi kemelut ini. Malah, kami sendiri belum mengetahui apa yang bakal berlaku pada masa akan datang.

“Setahu sejak tarikh 3 April lalu sehingga ke hari ini, ibu tidak memfailkan perceraian,” katanya.

Bagaimanapun, Syada enggan mendedahkan tujuan sebenar ibunya ke mahkamah baru-baru ini.

Sebelum ini, Fauziah tampil mendedahkan wajah wanita yang didakwa telah berkahwin dengan suaminya, ND Lala di Instagram miliknya.

Februari lalu, nama ND Lala dipetik selepas timbul kontroversi berhubung penyanyi lelaki popular era 80-an dikhabarkan telah bernikah lagi bersama wanita lebih muda.

ARTIKEL BERKAITAN: Syada Amzah Buat Surat Terbuka Untuk ND Lala – “Tiada Lagi Foto Ayah Mulai Hari Ini”

ARTIKEL BERKAITAN: Seakan Sahkan Spekulasi Krisis Rumah Tangga, Isteri ND Lala Dedah Wajah Penyondol Di Instagram?

ARTIKEL BERKAITAN: Nikah Wanita Muda, Selebriti Lelaki Popular 80-an Didakwa Berkahwin Lagi Secara Rahsia?

Sumber: Harian Metro

Khairil Khusyairi