Syafie Naswip ‘Move On’ Dengan Uqasha?

Setelah kisah putus tunang Syafie Naswip dan Aishah Azman kecoh di media sosial beberapa bulan lepas, pelakon yang lebih dikenali sebagai Ayie ini telah berkongsi video yang menunjukkan kemesraan antara dirinya dan Uqasha Senrose apabila mereka dirakamkan sedang ‘lip sync’ lagu-lagu popular filem Bollywood. Aksi dan gelagat mereka yang bersahaja telah mendapat respon positif dari netizen dan ada yang mempersoalkan kemesraan mereka itu.

 

Hakikatnya kedua-dua pelakon ini adalah sahabat sahaja dan mereka sebenarnya sedang menjalani penggambaran filem Sumpahan   Jerunai selaku teraju utama filem itu di samping Bront Palare. Video yang dikongsi oleh Ayie telah di rakam sementara menunggu untuk dipanggil bagi ‘scene’ babak-babak seterusnya. Uqasha juga menyifatkan hubungan mereka umpama adik beradik yang berlainan ibu sahaja.

Uqasha juga dikatakan rapat dengan pelakon Kamal Adli

Uqasha yang juga telah digossipkan  dengan pelakon Kamal Adli bukan asing lagi dengan gossip-gossip hubungannya dengan rakan artis. Mungkin perwatakannya yang manja sering disalah-ertikan netizen. Apa-apa pun kalau lah persahabatan itu bertukar kepada sesuatu yang lebih mendalam, apa salahnya. Memandangkan hati Ayie mahupun Uqasha masih belum berpunya.

Filem yang diterbitkan oleh Wendy Wong dan Datuk Nancy Foo akan diarahkan oleh Jason Wong dan filem ini akan menjalani penggambaran di beberapa lokasi di Sarawak. Ia berkisarkan tentang sejarah kaum Melanau yang penuh misteri terutama sekali adat pengebumian golongan bangsawan Melanau dan Jerunai dan bakal ditayangkan Ogos depan.

 

Del14